apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

15.2.11

Kanser servik untuk perempuan bermadu??

bila sebut kanser, semua orang - lelaki atau perempuan, pasti kecut perut. takut dan risau. yang perempuan selalunya lebih berisiko tapi orang lelaki pun ramai yang mudah dapat terutama kanser prostat.

bagi wanita, kanser servik amat menakutkan. di amerika, kanser servik banyak berlaku akibat dari amalan kerap bertukar-tukar pasangan. anda faham, kan?

kini, kanser servik di malaysia pun turut meningkat kadarnya. ialah, seks bebas sudah berleluasa, kan? namun anda kena faham ya, bahawa bukan sekadar seks bebas sahaja.... andai ditakdirkan anda bermadu...., diulangi.... wanita yang hidup bermadu lebih mudah terkena penyakit barah pangkal rahim atau kanser servik jika suami anda tidak mengambil langkah berjaga-jaga sebelum mengadakan hubungan kelamin.

siapa cakap tu? 

Pakar Perubatan Keluarga dari Pejabat Kesihatan Daerah Marang, Dr. Suhazeli Abdullah berkata, virus kanser servik pada kebiasaannya mudah berjangkit dan merebak melalui aktiviti bertukar-tukar pasangan.
"Mereka yang berpoligami perlu lebih berhati-hati kerana berisiko diancam kanser servik terutama kepada isteri yang dimadukan."
kesian sang isteri. dahlah kena madu dan diduakan, terpaksa pulak menanggung risiko mendapat kanser servik. adoyaiii, nasib! 

sofi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.