apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

12.2.11

Jadilah manusia yang mensyukuri nikmat Tuhan

Kisah ini ialah satu pengajaran buat kita. bahawa, apa yang kita miliki pada tubuh kita itu dah Allah ciptakan sebaik-baik kejadian. masakan tidak! semasa proses persenyawaan lagi, sperma terbaik daripada benih lelaki yang berjuta-juta 'lemon' itu.... hehe, akan bercantum dengan benih terbaik isterinya. maka jadilah kita manusia, sebaik lahir 9 bulan 10 hari kemudiannya.

tapi itulah, hidung dah mancung, masih nak yang macam burung belatuk milik mawi. bibir dah elok-elok nipis, nak yang penuh dan 'kissable' macam bibir angelina jolie. alis dah elok lentik, nak yang lebat macam aisywarya rai. habis tu, macam mana? tu yang ada offer, terus ngap!!

offer apa? 

pembedahan plastiklah! apa lagi?

artis pun beri pengaruh yang kuat jugak. huh... tengok artis A tegang kulit muka, awak pun hendak tegang seperti dia juga. tapi si Y ni pulak, agaknya minat bebenor dengan Dolly Parton. maka, buah dadanya yang kecil ingin dibesarkan. anda kenal dolly? tengoklah gambar kat 'situ'..... 

camne? suka? haha....

inilah yang menjadi masalahnya. bila kita tidak lagi tahu bersyukur. maka sehabis daya kita hendak mengubah kejadian tuhan. apa salahnya punya buah dada yang kecil? tak mengancam? hisy? mengarut aje! setahu akulah, orang lelaki bukan diorang peduli besar ke, kecil ke? yang penting..... jeng, jeng, jeng..... berisi!!

Y mendapatkan rawatan pembesaran buah dadanya yang kecil. di pusat rawatan yang dia pergi, mereka melakukan liposuction, mengeluarkan lemak di perut dan lemak itu kemudian diletak di dada untuk 'pembesaran'. masalah timbul bila beberapa hari kemudian dia rasa sakit, berdenyut-denyut. dan paling menyedihkan, buah dadanya didapati besar sebelah pula. 

okey, cukuplah tu. aku kesian nak cerita lagi. anda bacalah di sini untuk tahu lebih lanjut. 


maaf, aku tidak 18SX kan entri ini sebab aku rasa ia penting untuk semua lapisan masyarakat. huhu....

sofi. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.