Langkau ke kandungan utama

isteri kedua: berhakkah mencampuri urusan suami dengan isteri pertama?

Kenapa ramai isteri jadi kedekut dan beranggapan suami hak mutlak mereka seorang sahaja? Tidak boleh dikongsi oleh wanita lain..?
di atas itu ialah satu lontaran soalan daripada seorang wanita yang sanggup menjadi isteri kedua kepada seorang lelaki yang sudah punya anak 3. 

mula-mula sekali perlulah aku tekankan di sini bahawa aku bukan menentang poligami. mustahillah aku menentang sesuatu yang diharuskan dalam islam, kan? cuma.... sebagai wanita, aku tidak dapat lari daripada memiliki rasa marah dan terkilan dengan sikap lelaki yang ingin pasang lebih daripada satu ini....

berapa keratlah yang mampu berlaku adil? sikittt sangat! toksah ceritalah... dah banyak contoh teladan yang boleh dijadikan iktibar di sekeliling kita. 

perempuan yang ingin menjadi isteri kedua, bolehlah.... cik abang sayang. lagipun, dia hendak ambil hak orang. bolehlah tanya soalan macam tu. cuba kalau nanti ada yang ingin merampas suaminya itu pulak? hah...masa tu baru tahu langit ini tinggi ke rendah. 

aku ingin menasihatkan mereka yang sudah berjaya merebut hati suami orang supaya duduk diam-diam, jaga suami tu elok-elok dan jangan nak persoalkan sikap isteri nombor satu. you have no rights, okey! 

anda tidak tahu apakah masalah sebenar suami anda dengan isteri pertamanya. owhh...memanglah, depan anda, si suami kutuk isterinya kaw, kaw.... tetapi percayalah, setelah lama anda bersama suami anda itu nanti, anda akan tahu kelemahannya. tak lama mana...tunggulah!!

bebelan ini merujuk kepada artikel ini. layanzzz...

sofi

Ulasan

  1. bagi lah suami dia ambil isteri ketiga.. biar dia rasa apa perasaan isteri pertama..

    BalasPadam
  2. @y-A-n-Askrg ni dia jadi satu2nya isteri sbb isteri pertama dah diceraikan suami tu. insyaallah, masa utk dia akan tiba juga

    BalasPadam
  3. tempat sebaik-baik perempuan adalah isteri..dia tetap isteri walaupun kedua tau ketiga...masih mulia di mata allah..

    BalasPadam
  4. selalunya isteri no2 ni x sedar diri,cakap isteri 1 tamaklah dan sebagainya.dah le kongsi laki nak melebih pulak macam dia tu baik.klu baik x ambil laki org.bagi para isteri klu suami anda nak kawen lagi, izinkan dengan bersyarat.isteri 1 carikan calon no3 untuk suami.mesti suami sayang,nak 1 dapat 2.masa tu biar no2 rasa langit tu tinggi rendah.

    BalasPadam
  5. @kasih , faham dan kak sofi tidak mempertikai perkara itu. cuma, jadilah isteri kepada lelaki itu, bukan jadi bongkak dan angkuh mengutuk isteri pertama dengan macam-macam kata. isteri kedua, ketiga mahupun keempat, anda jaga rumah tangga anda saja. boleh, kan?

    BalasPadam
  6. @Anonymous , kak sofi setuju sangat. memang idea yang bernas! muahss!

    BalasPadam
  7. bininya 4 pun nda juga habis tu palirnya d kongsi

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…