background img

The New Stuff

isteri gersang

 
SAYA berasa cukup buntu dan tertekan kerana suami mengabaikan tanggungjawabnya terhadap saya. Pada awal perkahwinan, hubungan intim kami cukup baik tapi sekarang, dia langsung tidak menyentuh saya.
Berkemungkinan, suami mengalami masalah lemah tenaga batin kerana dia hanya menyentuh saya sekali saja ketika bersama dan tidak mampu mengulanginya. 
Saya sering kali menangis memikirkan keadaan ini. Saya adalah seorang wanita yang mempunyai rupa paras yang menarik. Pelbagai cara sudah saya gunakan untuk menggodanya namun semua gagal dan kini saya amat kecewa.
membincangkan soal seks di dalam masyarakat melayu masih merupakan sesuatu yang dianggap 'taboo'. ia sesuatu yang memalukan. jadi, sesiapa yang menanggung derita batin seperti mana wanita di atas, hanya mampu menyerahkan diri kepada takdir. 

masalah di tempat tidur di antara suami isteri sering menjadi punca perceraian selain dari krisis duit. walau wanita itu masih muda, walau sudah berkedut, dia masih memerlukannya. suami janganlah fikir yang wanita tua itu boleh dibiarkan tidur sendirian bermalam-malam dengan alasan malu dengan anak-anak. janganlah biarkan isteri kegersangan...

seandainya suami ada masalah 'itu', berbincanglah. jangan dibiarkan minda isteri menerawang dan menyangka yang bukan-bukan. wanita sering menyangka suaminya ada yang 'lain' jika dirinya terabai. dan itu pasti akan menyebabkan rumahtangga anda 'sakit'. 

ingatlah... wanita sentiasa perlukan belaian suami. bila-bila masa... tanpa mengira usia. 

fahamilah....

sofi













0 komen:

Post a Comment

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Novel 6: Kupikat Jandaku

Novel 5: Suami Sebelah Rumah

Novel 4 : Tiada Yang Lain

Novel 2 : Cintamu Cintaku Satu

Novel 1 : Tak Mungkin Kuhindar

cintamu cintaku satu


Novel TMKH telah mendapat pengiktirafan 4 bintang dari Editor Berita Harian 2010. Cetakan yang ke-6. Anda juga boleh melayari LINK INI untuk membaca bab-bab 1 -15

Novel-novel dalam Bikinan

Followers

Nuffy