Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

kita memang tidak gembira membaca pendedahan-pendedahan yang mengaibkan dilakukan suami atau isteri yang terpapar di dada akhbar. tetapi, i...

isteri curang... apakah dia saja harus dipersalahkan?

By Februari 07, 2011


kita memang tidak gembira membaca pendedahan-pendedahan yang mengaibkan dilakukan suami atau isteri yang terpapar di dada akhbar. tetapi, itulah kenyataan pahit dalam masyarakat kita hari ini. 

kecurangan, keterlanjuran, zina, di kalangan masyarakat melayu.....sungguh banyak sekarang ni. 

dalam harian metro hari ini melaporkan, seorang suami mencekup isterinya yang sedang memadu kasih bersama pakwenya. yang lebih menyedihkan, mereka ini bukanlah pasangan muda. umur dah senja, dah...

kenapa? kenapa isteri jadi curang? apakah patut kesalahan diletakkan di bahu dia seorang? sedangkan, setiap perbuatan tentunya beralasan. 

hello... aku bukan hendak membela isteri tersebut cuma.... bila suami sampai membawa orang masjid ke rumah 'maksiat' itu, dan kemudian membuat laporan polis.... hati aku rasa macam... geram juga. iyalah... isteri tu nyata salah, kan. tapi punca dia buat perangai tu? entah ke dia tak puas? entah ke dia bosan dengan suami yang tak tahu menghargai dirinya? 


mungkin kerana aku perempuan kot, tu yang aku rasa terkilan dengan tindakan si suami.
okeylah, cukup tu. semoga kisah sedih ini menjadi teladan. 


sofi



You Might Also Like

2 comments

  1. Puan Sofi,

    Yg Ni isri curang dan jahat... buka link http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2011/02/ahli-umno-rupanya-yang-ditangkap-itu.html

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.