Langkau ke kandungan utama

ingin tahu tentang menopause? baca ni...(bhg 2)

Nutrisi yang baik dan senaman yang berterusan dapat meningkatkan kesihatan. Beberapa panduan untuk menjaga pemakanan bagi wanita putus haid ialah: 

* Minum air yang mencukupi 
Minum 6-8 gelas air sehari 
- ini akan mengaruh tindakbalas kimia di dalam badan. Ia juga menolong penghasilan tenaga daripada karbohidrat, protein dan lemak disamping meningkatkan pergerakan nutrien di dalam badan.

* Makan dengan kuantiti yang banyak makanan jenis ini 
Roti, nasi, makanan bergandum dan pasta 
- ia mengandungi kanji yang membolehkan penghasilan tenaga dan protein untuk pembinaan otot dan tisu badan. Ia juga membekalkan vitamin B1, zink dan besi. Selain itu, ia juga mengandungi serat yang penting untuk usus yang sihat. 
Sayur-sayuran dan buah-buahan 
- ia mengandungi kanji, sedikit gula, vitamin, mineral dan serat. Ia juga kaya dengan vitamin C dan dan vitamin A. Serat yang ada dalam makanan jenis ini menolong mengurangkan paras kolesterol darah. 

* Makan dengan kuantiti sederhana makanan jenis ini. 
Daging, ikan, kacang, telur, susu, keju dan susu masam 
- ia mengandungi protein yang digunakan untuk membina dan membaiki otot, darah dan tisu badan yang lain. 
- ia mengandungi vitamin iaitu riboflvin, niasin dan tiamin dan vitamin B12. 
- Zink dan besi boleh didapati di dalam daging 
- kalsium boleh didapati di dalam susu, keju dan susu masam. 

* Makan dengan kuantiti sedikit makanan jenis ini 
Mentega, margerin dan minyak 
- mengandungi lemak yang tingi dan boleh meningkatkan paras kolesterol darah. 
Gula 
- mengandungi karbohidrat yang menolong membekalkan tenaga tetapi tiada vitamin, serat atau protein 
Garam 
- Dijumpai di dalam banyak makanan, jadi tidak perlu menambahkannya ke dalam makanan yang diambil. Ini kerana pengambilannya secara berlebihan miningkatkan pngumpulan cecair dan seterusnya meningkatkan tekanan darah. 
Kafein - adalah suatu agen perangsang yang ditemui di dalam kopi, teh, cokelat dan minuman berkabonat. Ia boleh menyebabkan ketidakselesaan, tekanan, peningkatan dan ketidakstabilan degupan jantung, peningkatan tekanan darah, cirit-birit dan peningkatan kekerapan membuang air kecil jika diambil di dalam dos yang tinggi. Selain itu, ia juga boleh meningkatkan frekuensi 'hot flushes' , ketulan di dalam payu dara, kesakitan payu dara dan kehilangan kalsium serta vitamin dan mineral yang lain. Oleh itu, cuba kurangkan jumlah pengambilannya perlahan-lahan kerana ia boleh menyebabkan simptom penarikan seperti sakit kepala dan ketidakselesaan jika diberhentikan secara tiba-tiba. 

* Nutrisi tambahan 
Evening Primrose Oil - bahan ini kaya dengan asid lemak tak tepu, terutamanya asid linolik dan asid gamma linolik. Pengurangan asid gamma linolik boleh mengganggu sindrom sebelum haid, keadaan sakit sendi, emosi serta keadaan kulit rambut, kulit dan kuku. Ia juga boleh membantu mengawal 'hot flushes', kekeringan vagina dan kegatalan kulit. 

Kepentingan senaman ialah untuk 
menjamin kesihatan tulang dan jantung, mengawal berat badan, membantu memperbaiki emosi serta mengurangkan risiko penyakit jantung, kegemukan, peningkatan tekanan darah, kencing manis dan osteoporosis. 
Wanita yang jarang bersenam biasanya akan mengalami:
- sakit belakang yang teruk, 
- tidak dapat tidur malam, 
- kekejangan dan ketidakstabilan. 
- mengalami peredaran darah yang lemah, 
- otot yang lemah, 
- sesak nafas 
- pengurangan ketumpatan tulang. 
- kemurungan juga boleh berlaku. 

Senaman akan meningkatkan paras HDL di dalam badan. Semasa bersenam, hormon andorfin akan dilepaskan oleh otak. Ia adalah hormon yang membuatkan seseorang itu berasa seronok. 

Antara senaman yang boleh dilakukan ialah bersukan, aerobik, gimnastik, berbasikal, berenang atau berjalan selama tidak kurang 30 minit 3 kali sehari. 



sofi

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…