apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

7.2.11

ingin tahu tentang menopause? baca ni...(bhg 1)

Putus haid atau menopause adalah waktu pertengahan umur seseorang wanita bila dia berhenti mengeluarkan haid. Ia terjadi apabila ovari berhenti menghasilkan telur. 

menopause mempengaruhi hormon, tubuh badan dan perasaan wanita. masa ni, pengeluaran estrogen terhenti.

ada kes disebut 'artificial menopause' - putus haid akibat  pembedahan pembuangan ovari. putus haid berlaku dengan cepat dan tiba-tiba.

kitaran haid
- semasa lahir, seorang bayi perempuan mempunyai ovari yang di dalamnya ada 2 juta telur. bila dia mula datang haid, tinggal 75 ribu. selepas akil baligh, 8-10 telur membesar setiap bulan tapi hanya satu  akan matang. 10 tahun sebelum menopause, ovari akan mula hilang telur, kurang subur, kurang estrogen dihasilkan dan kitaran haid jadi tak menentu. 
dekat nak menopause, pendarahan berlaku dengan banyak dan wanita tu rasa sakit. 

Purata umur wanita menopause ialah 51 tahun. ada yang lebih cepat, ramai juga yang lebih lambat.

Penyebab putus haid awal (kurang dari 40 tahun): 
* pembedahan pembuangan ovari 
* terapi radiasi ke atas ovari 
* beguk 
* pengurangan kromosom 
* malnutrisi teruk 
* penyakit autoimun 
* merokok 

Gejala menopaus 
- hot flushes :
Panas badan berlaku tidak kira waktu dan mula daripada bahagian bawah dan naik ke muka. Rasa panas itu berterusan beberapa minit, berpeluh dan kemudian pulih semula. 
- Kulit kering, terutama pada bahagian sulit. 
- Tidak bertenaga, letih, insomnia (tidak dapat tidur) 
- Kerap sakit kepala, sakit-sakit sendi dan tulang belakang. 
- Ada yang alami tekanan, keresahan, emosi tidak stabil dan kurang daya ingatan. 

kesan jangka masa panjang menopause, yang juga disebabkan oleh pengurangan penghasilan estrogen: 
* Penyakit jantung koronari. 
* Osteoporosis. 
* Masalah genitourinari terutamanya masalah dalam mengawal pembuangan air kecil. 

Sebagai tambahan, terdapat banyak kesan minor yang melibatkan menopause iaitu perubahan kulit, buah dada dan rambut. 
- kadar ketebalan kulit akan menurun dengan kadar yang sama seperti ketumpatan tulang. 30% tisu penghubung akan hilang dalam 10 tahun pertama selepas bermulanya putus haid. Kulit akan senang lebam dan pigmentasi yang dipanggil 'liver spots' akan menjadi banyak. Jerawat juga akan muncul. 
- Payu dara akan kehilangan tisu lemak serta kekenyalannya menghasilkan payu dara yang kecil dan jatuh. Kekedutan kulit juga akan menjadi lebih ketara dalam wanita putus haid. 

Panduan meminimakan kekedutan. 
* Gunakan pelindung kulit dan minimakan pendedahan langsung kepada matahari. 
* HRT juga boleh membantu. 
* Jangan minum arak dan merokok. 
* Amalkan diet dan cara hidup yang sihat - minum air yang mencukupi, bersenam dan berehat dengan cukup. 
* Vitamin seperti A,C dan E juga boleh di gunakan. 
* Retin-A ialah sejenis ubat yang boleh digunakan untuk mengurangkan kedutan. 
* Asid alpha hidroksi (AHA) seperti asid laktik dan asid glikolik digunakan sebagai pelembap untuk mengurangkan kedutan. 
* Pengelupasan kimia, teknik laser dan pembedahan kosmetik juga boleh di gunakan



sofi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.