Langkau ke kandungan utama

hutang

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ
 وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ
 وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ
وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ لدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari bingung dan sedih. Aku berlindung kepada Engkau dari lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari pengecut dan kikir. Dan aku berlindung kepada Engkau dari lilitan hutang dan kesewenang-wenangan manusia.” 

jika anda hidup di kelilingi hutang, nabi muhammad saw mengajar kita untuk membaca doa kat atas tu. kata seorang sahabat nabi, Abu Umamah radhiyallahu ’anhu: 
"Setelah membaca do’a tersebut, Allah berkenan menghilangkan kebingunganku dan membayarkan lunas hutangku.” 
(HR Abu Dawud 4/353)


Doa tu merupakan doa untuk mengatasi masalah hutang kita yang  berpanjangan. Di dalamnya, ada beberapa permohonan agar Allah SWT melindungi kita dari masalah-masalah dalam hidup yang berkait secara langsung atau tidak dengan masalah hutang. 


Pertama, 
"Ya Allah aku berlindung kepada Engkau dari bingung dan sedih.” 
Orang yang sedang berhutang biasanya mudah menjadi bingung dan tenggelam dalam kesedihan. 


Kedua, 
"Aku berlindung kepada Engkau dari lemah dan malas.” 
- biasanya orang yang berhutang akan cenderung menjadi lemah. Dan biasanya orang yang malas dan tidak kreatif dalam menjalani perjuangan hidup cenderung mencari pinjaman/berhutang ketika sedikit saja menghadapi rintangan dalam hidup. Sedangkan orang yang rajin cenderung untuk mencari ruang dan peluang membina hidup. 


Ketiga, 
"Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan kikir.” 
- Biasanya orang yang berhutang menjadi orang yang diliputi rasa takut lalu cenderung menjadi pengecut. mentalnya jatuh. batin lemah juga. Jauh dari sifat pemberani. Mentalnya jatuh dan tidak mudah memiliki kemantapan batin. Dan orang yang berhutang mudah menjadi kedekut, jauh dari sifat demawan. kenapa? kerana dalam kepala otak dia cakap:


"macam mana nak bersedekah, hutang aku pun banyak? tak bayar lagi?"


Keempat, 
"Dan aku berlindung kepada Engkau dari dibelenggu hutang dan fitnah manusia."
mengandungi inti permohonan seorang yang dibelenggu hutang. kita serahkan harapan kita, sepenuhnya, kepada Allah SWT, Yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji agar meringankan masalah hutang yang berpanjangan membebani hidup kita. Di samping itu, kita  memohon agar dilindungi Allah SWT dari fitnah manusia. pihak pemberi hutang kan selalunya menzalimi orang yang berhutang kepada mereka?  setelah meminjamkan duit, si pemberi hutang merasa berhak ke atas yang berhutang, so dia buat sesuka hati asalkan hutang dilunasi segera. jadi, doa terakhir itu kita mintak supaya Allah lindungi kita dari kekejaman mereka. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…