apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

12.2.11

hosni dan keluarga lari ke syarm el-sheikh

pix_middle
akhirnya, kerana terlalu didesak, hosni mubarakpun meletakkan jawatannya. itupun selepas 18 hari berlakunya tunjuk perasaan dan ramai yang cedera malah ada yang sudah meninggal dunia. 

tentu sukar melepaskan sesuatu yang sudah dipegang selama 30 tahun tapi itulah... tak selamanya kamu duduk kat atas tu tambah pulak kalau rakyat dah menyampah, kan?

naib presiden yang buat pengumuman itu semalam dan menamakan sebuah majlis tentera untuk mentadbir sementara negara berkenaan.
“Presiden mengambil keputusan untuk menyerahkan kedudukannya.” 
tapi sebaik dia meletak jawatan dia dan keluarganya terus meninggalkan Kaherah, berlepas ke kawasan peranginan di Laut Mati di Sharm el-Sheikh, tempat dia mempunyai istana. kalau tak bersalah, mengapa lari? 

tunggu apa yang bakal terjadi lagi...

sofi






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.