apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

22.2.11

hati yang luka - akhir

“Abang, kita buat apa kat sini? Bukan nak makan ke?” Soal Suhana keras. Geram dengan gelagat selamba suaminya.

“Yang gelisah sangat tu, kenapa? Kan abang dah order chicken chop? Air epal? Tunggu jelah!” balas Surin.

“Su nak makan cepat-cepat. Nanti, bila bini abang tu sampai, Su tak selera, tau!” Suhana meluahkan perasaan. Ketawa Surin membuat dia memberi jelingan maut. Sudahlah dia dipaksa ke mari, nanti dia kena menghadap pula muka perempuan tak tahu malu tu. Arghh, sakitnya hati!

“Suka ya... nak dating dengan dua isteri sekaligus? Kepit sorang sebelah kiri, sorang sebelah kanan dia? Kenapa? Nanti nak suap mulut kitorang bergilir-gilir, ek? Ke, nak suruh kitorang yang suapkan abang?”

Surin ketawa semakin lepas. Semakin galak. Lucu sungguh mendengar sindiran Suhana. Entahlah.... mungkin inilah keistimewaan isteri pertama dia kot? Mampu membuat dia ketawa besar.

“Abang ni, kan... memanglah hati tu hati batu, kayu, simen.... keras. Tak ada perasaan! Orang sindir pun gelak! Suka! Hisyyy...geram!” marah Suhana lagi.

“Su, Su tahu tak.... Su dah berjaya hiburkan hati abang tadi, hati suami. Tak suka dapat pahala menceriakan suami? Huh? Mana Su mahu? Kata-kata Su yang buat abang marah dan tak tegur Su kemudian Su dilaknat semua malaikat atau abang ketawa dengan kata-kata Su dan Su dilimpahi rahmat? Mana Su nak?” tanya Surin setelah ketawanya reda.

Belum sempat menjawab, Surin terpandangkan Asmidar yang matanya sedang meliar mencari mereka. Surin bangun, melambai ke arah wanita yang anggun berbaju kurung berwarna biru. Melirik Suhana di sisi, wajah itu sudah berubah menjadi masam mencuka. Namun tidak diendahkan. Kepada Asmidar, perhatian diberikan.

Asmidar mampir, sedikit gugup. “Maaf lambat.” Suara pun sukar hendak melepasi kerongkong. Namun, dia tetap duduk di kiri Surin, sepertimana yang dipinta lelaki itu.

“Tak apa! Abang bukan kisah pun. Aku boleh buat dia gelak lagi. Kan, bang?” Suhana sengaja mendekatkan diri kepada Surin. Surin tersengih, geli hati melihat gelagat isteri.

Pada masa sama, hidangan sampai. 1 pinggan besar berisi chicken chop. Dan air... uwaa...air epal dalam mug sebesar jug.

“Bang, mintaklah pinggan dengan cawan. Macam mana nak makan camni?” Suhana merengek.

“Kita kongsi. Makan dalam pinggan ni. Minum dalam mug ni.” Balas Surin selamba.

Mulut dua isteri melopong. Biar betik....

“Life is sharing, my dears. And, sharing is caring. Do you both care for me? Love me? Hmm? Makan!” Surin guna jari untuk membahagi-bahagikan ayam untuk dia, untuk Suhana dan untuk Asmidar. Dia terus mengunyah tanpa peduli akan gelagat kedua-duanya.

Suhana tengok Asmidar. Untuk buktikan dia sanggup buat apa saja demi Surin, dia segera patuh. Ayam masuk mulut. Asmidar akhirnya akur juga. Yalah, dah lama teringin nak makan chicken chop. Peduli apa dengan Suhana. Janji dia kenyang.

Tindakan yang mengundang senyum Surin.

Begitu juga semasa minum. Surin minum dulu. As biarkan saja Suhana minum lepas tu. Walau hati sakit bila hanya ciput yang tinggal untuk dia yang kepedasan, namun dia bersyukur, dapat juga dia seteguk dua. Jadilah.... daripada tak minum langsung?

“Jadi, abang nampaklah, kan, yang dua-dua isteri abang ni boleh berkongsi. Dan, Su pun dah nampak, kan, yang As boleh pun beralah.”

“Abang ni... itu makanan. Mana sama dengan kehidupan?” rengek Suhana.

“Apa bezanya?”

“Err...”

“Kita mula yang basic dulu, baru kita tengok yang complicated. Su, As... abang tak bangga jadi rebutan korang, ingat tu! Jangan fikir abang seronok bila korang bergaduh sebab abang. Jangan fikir yang bila abang kahwin dua, semua sebab nafsu abang meluap-luap. Tak! Abang lelaki normal aje. Biasa! Tak ada magical power. Tak ada! Apa yang terjadi ialah... abang jumpa As semula, dan abang tak boleh tepis rasa cinta dulu yang datang balik. Bukan abang tak sayang Su..... tapi, perasaan...kehendak, semua tu datang dan walau cuba menepis, kami tewas. Bukan kami tak lawan rasa yang datang, bukan abang lupa pada tanggungjawab, pada Su, pada anak-anak... tapi, kami tewas pada apa yang kami rasa. Akhirnya, abang lamar As. As bukan tak menolak, dia tolak. Su kena tahu tu. Asmidar tidak terima abang dengan mudah. Macam-macam alasan dia bagi tapi, ya, kalau Su nak cakap abang ni gatal, gatallah abang. Abang yang mahu sesangat agar kami kahwin. Su, selama Su tak tahu, selama itu, abang tak pernah adil pada As. Banyak yang dia buat sendiri. Malah, ke klinik pun pergi sorang-sorang.....”

“Abang tak habis-habis puji dia.” Suhana membebel.

“Abang selalu puji Su pada As. Dia cakap, Su pandai bergurau. Tiap kali balik dari pejabat, penat dia hilang bila tengok Su yang sentiasa senyum walau penat urus anak-anak. Abang cakap, tiap kali abang demam, Su tak tidur jaga dia sampai kadang-kadang... Su pulak yang jatuh sakit lepas tu. Abang cakap, Su akan bersengkang mata sama-sama dengan dia, kalau banyak kerja yang dia bawak balik ke rumah. Semua tu dan banyak lagi..... memang As tak dapat tandingi.”

Mata Suhana berkaca. Rupa-rupanya, pengorbanan dia selama ini tidak pernah Surin terlepas pandang. Sangkanya, dia hanya seorang isteri yang tidak pernah dihargai oleh Surin. Iyalah, bukan pernah dapat bunga. Puji? Langsung tak ada. Hari Valentine? Hari kekasih? Surin cakap, orang Islam tak sambut. Kad ucapan untuk hari jadi? Anniversary? Tak mandang, kata orang perak. Maksudnya, tak ada. Tapi, bila Asmidar sebut semua kebaikan yang dia buat.... makk.... sungguh, dia makin sayang pada Surin. Saaaaayang sangat!

“Suhana, As janji, As tak akan melebih-lebih sebagai isteri kedua abang. Cuma, As harap Su relakan abang ada untuk As. Kalau Su tak suka As, As janji, As akan jauhkan diri, tak kacau Su dan anak-anak. Tapi, janganlah suruh As tinggalkan abang. As tak boleh.”

“Macam mana you all boleh kahwin tanpa restu dari Su? Surat izin pun Su tak bagi, kan?” Suhana mengutarakan soalan bodohnya, sekali lagi mencetuskan tawa Surin.

“Itulah...suruh membaca, malas! Su, sayang... As orang Perlis. Di Perlis, boleh kahwin tanpa surat kebenaran isteri pertama.”

“Owwhh....”

“Malam ni, giliran abang di rumah siapa?” Mata Surin bulat mendengar pertanyaan Suhana. Semakin hairan bila Suhana bangun seperti hendak meninggalkan dirinya dan Asmidar.

“Abang baliklah dengan dia ni. Su balik sorang. Dada Su dah sakit ni maknanya baby kita nak menyusu dah. Bawak kereta baik-baik, tau. Esok, pagi-pagi, mesti sampai rumah Su pulak. Kita dah janji nak pergi kenduri mak long di Gombak.”

Dengan kata-kata itu, Suhana berlalu pergi. Tanda merelakan diri dalam ikatan yang ramai wanita tidak mahu. Tiada kesalan. Tidak juga ada kemarahan. Surin sudah berterus terang dan Asmidar tidak berkeras dengannya. Dia masih menjuarai hati suaminya.

Surin memandang wajah Asmidar yang tersenyum. “Suka nampak?” usiknya.

“Isteri abang tu baik, ya.” Puji As.

“Kenapa? Isteri abang yang ini tak baik ke?” usik lagi.

Asmidar ketawa.

“Abang bertuah dapat dua orang isteri yang baik. Dan, As, terima kasih kerana sanggup beralah. Terima kasih kerana masih mahu bersama abang.”

Asmidar tersenyum meleret. Sebenarnya, terima kasih Tuhan, kerana masih beri ketiga-tiga mereka kewarasan fikiran. Kerana beri mereka menggunakan kelebihan akal, bukan nafsu.
................................................

Ada yang marah? Ada yang kata tak logik? Sebenarnya, itulah yang terjadi. Kini pasangan kawanku dan suaminya masih begitu. Dah dapat anak tiga dah malah... tidak lama lagi, mereka berdua bakal menyambut menantu. Hubungan dua madu tersebut? Madulah, katakan.... senyum, okeylah... tegur? Sikit-sikit. Nak tidur sebantal? Whoa..... sori!!

Semoga jadi pengajaran untuk kita bersama. 

sofi





15 ulasan:

  1. camtu ek ending die...
    tapi x dpt nafikn..
    sharing is scary n hurt myb

    BalasPadam
  2. hrmm. nice je ending nyer.. but still tak mampu buatkan hati i puas... iyelah.. inikan based on real story.so, citer pon sebijik mcm the real one..

    BalasPadam
  3. kak sofi ...

    kawan saya pun ada yg jadi isteri kedua ... kawen dgn lecturer sendiri ... so far nmpk ok .... tp tak tahu la dalaman nya ....

    infact ramai kawan saya yg jadi isteri kedua ... OMG .. baru realize ... heheehe ....

    BalasPadam
  4. eee xsgup....
    bab lain nk kogsi..sy xksh..tp kalo bab suami..woooo jgn arap... katakn TIDAK utk BERMADU..hehe

    pape pn cite nie mmg best..

    BalasPadam
  5. habis akhirnya cite ni.. best2..

    tapi kalau nak bermadu memang xnak la, sebab susah nak sharing2, i x rela u hehe :)

    BalasPadam
  6. alhamdulillah kak..thanks sebab berkongsi kisah..berat hati yang membaca, berat lagi hati yang merasai dan melalui pengalaman tu..

    semoga mereka semua terus bersabar dan bahagia hingga ke sana..amiin insyaallah

    BalasPadam
  7. touching...............
    susah nak dapat the 2nd wife mcm As...boleh kata peratusnya rendahhhhh.....byk yg lupa diri......
    kalau byk yg mcm As, mungkin tak susah untuk 1st wife accept poligami....depands pada si suami tu......kalaulah bagus macm Surin!!!!!!!

    BalasPadam
  8. @korro suffian
    tgk mereka..hati tertanya jugak..hepi btol2 ke atau makan hati?

    BalasPadam
  9. @Anonymous
    untung jadi lelaki ya? dpt kawen dua hehe

    BalasPadam
  10. @eija
    kalau sudah takdirnya begitu? terpaksa rela?

    BalasPadam
  11. @ozzyorange9768
    doa diiringi untuk mereka bertiga

    BalasPadam
  12. @aqilah
    lelaki yg baik dpt isteri2 yg baik hehe

    BalasPadam
  13. Sape kata x logik ? Mak long sy berkahwin dengan suami kwn baiknya sendiri gara2 kawannya tu x mau berjauhan dgn Mak Long saya. Smpai skg mereka hidup baik2 aje...sy pn kagum tp klu nak lalui apa yg Mak Long sy lalui tu tak mungkin la

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.