Langkau ke kandungan utama

hati yang luka 8

Sudah 3 hari Surin tidak bertandang ke rumah Asmidar. Menelefon pun tidak. Asmidar di sini runsing. Bukan dia tidak menyedari keadaan suami yang terbatuk-batuk beberapa hari lepas, ketika Surin datang. Cuma, ketika itu, dia sedang bersedih, membawa rajuk di hati jadi, memang kurang perhatian diberikan kepada suaminya itu. Kini, rasa menyesal, menghantui. Bimbang batuk itu melarat pula.

Dia melihat nombor yang tertera di skrin. Tadi, dia memberanikan diri meminta nombor itu daripada isteri Ismadi. Hati berbolak-balik, bimbang untuk menghubungi namun Surin menjadi keutamaannya. Bukan dia hendak buat apa-apa pun...sekadar mengetahui keadaan suami, sudah memadai. Jika sihat, hatinya tumpang gembira. Jika sakit? Arghh, jangan fikir yang bukan-bukanlah, Asmidar.

Dia menunggu orang di sebelah sana menjawab dalam getar perasaan. Takut, bimbang... semua ada. Bagaimana kalau dirinya terus dijerkah? Padan muka? Alamak.... kesian aku, bisik hatinya.

“Assalamualaikum. Nak cakap dengan siapa?”

Mak... lembutnya suara dia....

“Ehh...errr....mmm, salam. Saya Asmidar, Suhana. Maaf, kalau saya kacau awak. Tapi, saya cuma nak tanya sikittt... aje. Boleh?”

Suhana tersentak. Tidak menyangka, senekad ini si Asmidar. Berani dia menelefon madunya ini, bisik hati. Bertenang, bertenang...dengar dulu apa dia nak cakap. Tapi, kena jawab jugak, kan? Gumamnya.

“Nak apa?” tanya dia setelah lama dibiarkan soalan As tidak berjawab.

“Saya cuma nak tahu sama ada Surin sihat ke tidak, itu aje. Hari tu, dia datang ke rumah, batuk-batuk. Saya pulak, tak berapa pedulikan dia. Dia okey?” Asmidar bertanya.

Arghhh...geramnya!! geramnyaaa.........

Asmidar menjauhkan telefon bimbit dari telinganya. Jeritan itu sungguh membingitkan. Dan, dia tahu, Suhana sedang marahkan dirinya tapi, dia bukan hendak melebih-lebih. Dia tahu had dia. Dia hanya ingin tahu keadaan Surin, itu sahaja.

“Engkau ni, kan....”

“Please... saya bukan nak suruh Surin balik sini. Tidak! Bukan nak suruh dia telefon saya, pun tidak. Saya hanya nak tahu keadaan dia aje. Kalau dia sihat, alhamdulillah. Saya bersyukur sangat kalau awak boleh beritahu saya itu aje. Pleasee....” pintanya perlahan.

Suhana menarik nafas dalam-dalam. Cuba mengawal geram. Cuba menahan marah. Beraninya perempuan ini. Aku jerit pun dia tak peduli!

“Suhana, tolonglah... saya bukan nak kacau. Kalau dia lebih gembira duduk di rumah awak, saya okey aje. Saya tahu, awak dan anak-anak awak lebih berhak pada dia. Dia sihat, kan? Kan?”

“Tentulah sihat. Ni, isteri tua dia ni, bukannya kerepot sangat tau. Umur aku lebih muda daripada kau, kan? Tentu aku boleh jaga dia dengan baik. Dah, jangan telefon sini lagi, ya. Surin sihat aje.”

Cepat-cepat Asmidar mencari tisu untuk mengelap sepasang mata yang basah. Padan muka kau, As. Apa yang kak long cakap, kak ngah dah bagi warning dulu, semua betul. Tengok, dia sihat aje. Dia saja malas nak telefon kau ke, sms ke. Dah mulalah tu, tunjuk benci pada kau. As, As.... nasiblah!!!

Esoknya, Asmidar tidak ke pejabat. Dia ambil cuti rehat. Malu hendak tunjuk muka bila sepasang mata bengkak akibat terlalu banyak menangis. Lagipun, kepalanya terlalu sakit. Berdenyut-denyut sangat. Tak larat hendak bergerak pun.

Dia terbaring di atas sofa, ketika Surin sampai. Wajah lelaki itu kelihatan cemas. Apatah lagi bila melihat dirinya yang lemah tidak bermaya.

“Sayang, kenapa ni? Ni, muka ni, pucatnya. Sayang demam ke? Kalau demam, kenapa tak call abang? Mujur hati abang tergerak nak call ofis As tadi. Terkejut abang bila diorang cakap As ambil cuti.”

Surin geram melihat Asmidar berpaling membelakanginya. Dia terus berlutut di tepi sofa. Mengintai wajah ayu yang kini jelas sedang menangis.

“Hei, kenapa sedih sangat ni? Marah sebab abang lama tak balik, ya? Alah, ni kan abang dah ada depan mata? Buat apa nak menangis lagi?” getar suara jelas seperti sedang menahan sabar.

Asmidar berpaling. Dia cuba duduk. “Kalau balik sini sebab nak marah As, baik tak payah.” Desahnya.

“Macam mana tak marah. As buat tak peduli pada abang. As marah pada abang sebab As nampak abang dengan Suhana dekat taman tasik, kan? Kenapa tak berterus terang? Yang monyok tak tentu pasal, kenapa? Takkanlah As tak faham yang itu keluarga abang. Anak-anak abang, isteri abang. Kenapa cemburu bila abang peluk Suhana? Abang suami dia jugak, kan?” akhirnya sakit di hati dilepaskan kepada Asmidar. Tidakkah nampak kelukaan yang jelas terpamer? Tidakkah nampak kesakitan dalam renungan sepasang mata Asmidar?

“Abang rasa penat tak? Penat dengan perangai As?”

“Kenapa kalau abang penat?”

“As tak nak abang susah hati fikirkan As. As tahu, As dah banyak susahkan abang. Kalau abang rasa As ni memenatkan abang.............”

“As nak kita berpisah? Gitu?” Surin terus terduduk di atas sofa. Dia sudah nampak arah lorong perbincangan mereka. Malah, dia sudah berhari-hari memikirkan perkara yang sama. Penat? Ya, dia sudah terlalu penat. Mana hendak menghadapi kerenah isteri dan anak-anak. Mana dengan kerja pejabat yang bertimbun, mana dengan permintaan ibunya yang saban hari mengganggu tidurnya.... dia tercungap-cungap kelemasan dalam arus rumahtangga ciptaannya yang menyakitkan.

“As tak sayang abang? Ke mana cinta kita As campakkan?” tanya Surin, lemah.

“Cinta? Cinta kian pudar bila hati semakin terluka, bang.”

Surin memandang tepat seraut wajah itu. Baru jelas di pandangan wajah yang kian cengkung. Baru nampak di mata, sendu pandangan terlontar.

“Abanglah pisau yang menghiris hati As, kan?” tanya dia dengan mata yang berkaca.

“Jangan cakap macam tu. Abang dah cuba bahagiakan As. Salah As, As tamak. As sedih tengok abang dengan Suhana. Bila abang peluk dia, cium dahi dia.... hati As sakit. Masa tu, baru As sedar itulah perasaan Suhana bila As rampas abang dari dia. Masalahnya, As tak sekuat dia. As tak mampu lawan rasa cemburu ni. Abang, As bukan Suhana. As boleh ambil hak dia, tapi, As tak sanggup tengok dia dengan abang. Maafkan As.”

Pasangan suami isteri itu menangis. Cinta.... dan pengorbanan memang seiring. Luka melukai dalam bercinta, memang lumrah. Akan terleraikah kasih? Akan berpisahkah dua hati? 

Apakah yang anda mau? Surin melepaskan Asmidar? Itukah? 

Nantikan sambungannya. Jangan nangis.. hehe...


Ulasan

  1. dah nangis dah pun................

    BalasPadam
  2. haisy...cpt2 la hbs....
    smkin lm smkn sedih...
    smkin germ dgn suhana...
    huhuhu....

    BalasPadam
  3. mau konflik lg! hahaha. kang terlebih byk, aku plak yg emo kang.

    kesian as, tp nk wat cm ne. btol pe yg as ckp. kira as ni baik lah fikir kebahagiaan rumahtangga suami dia. tak apa2, Allah maha adil. pasti ada hikmahnya. :)

    BalasPadam
  4. aku nak suhana diceraikan...

    dan asmidar kekal sbg isteri surin....

    mesti as dah mengandung skrg.. badan pon letih aje...

    tapi takpelah...

    up to surin.

    let him make his own decision

    BalasPadam
  5. Salam kak sofi..
    Takkan semudah dan serapuh itu pendirian Surin kak...jangan lah macam tuh, semua org berhak bahagia. As bukan perampas, sebab kalau sebagai perampas, Asmidar akan ambil terus Surin, akan terus minta Surin ceraikan isteri pertama. Yang mulakan juga adalah Surin..
    Saya nak minta watak Surin yg kuat, bukan yang lemah dan rapuh keatas kehendak wanita, samada ibunya, suhana atau asmidar..
    Harap2 cerita ini lain dari yang selalu diwar2kan..

    BalasPadam
  6. luka mmg terluka tp klu diteruskn apakah akan bhg as....dan suhana salah dia kah
    ........dia hanya mempertahankn haknya...ikutkn hati yg terluka..suhana lbh terluka.....suamai yg curang ...sbb lelaki bila dah kawen dua yg x pernah menipu pun akan mula menipu mcm zurin...see slps 5 bln baru suhana tahu yg dia dimadukn......zurin kena bijak...as juga makain menderita...apabila nafsu diutamakan ..begini le jadinya.....jgn pisahkn kasih sayang seorg ibu n ayah dgn anak2nya...sbb klu surin lepaskn suhna....sape yg akanmenjadi mangsa? sdh pasti anak2nya......skdr pendapt....tp sy mmg marah sgt kt surin.....

    BalasPadam
  7. kesian kat c surin tu, tulah bukan senang nak kawin 2 ni..
    nak jaga hati 2bini tu, kdg2 sorg pun da bikin pening hehe

    tapi xmau cerai2la
    suhana mmg patut geram, sapa tak geram bila suami kawin 2..tapi xblh juga dia menidakkan hak as

    dan as
    dia isteri kdua kenala bersabar dan beralah..
    tapi ni nmpk benda ckit da nak merajuk, kan semua pilihan dia atas cinta..owh mungkin cinta bukan 1 alasan utk merasa gembira kan mesti ada faktor lain :)
    as kena kuatlah jgnlah emo tak bertempat da nama kongsi kasih

    kalau susah2 biarkan surin tu saja la accident hahaha jahatnya aku ni

    BalasPadam
  8. @miznza84

    sorii.. krn terpaksa bersedih

    BalasPadam
  9. @Anonymous

    geram, jangan engkau geram..hehe

    BalasPadam
  10. @hana_aniz

    ya.. berkongsi kasih... pengorbanan diruntun sayu dan terluka...semua melanda..

    BalasPadam
  11. @korro suffian

    garang ek.. hehe..nak as dgn surin jugak? tunggu..

    BalasPadam
  12. @ozzyorange9768

    bersabarlah anda menanti akhirannya...

    BalasPadam
  13. @Anonymous

    terperangkap dalam keadaan ini.. mmg susah, kan?

    BalasPadam
  14. @Anonymous

    hati bila cinta dan terpaksa berkongsi tentu resah, gelisah susah hati dan bercampur baur

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…