Langkau ke kandungan utama

hati yang luka 7

“Betul ke, Su? Su tak salah orang? Memang dia?” Puan Ifa begitu beria-ia bertanya. Mendengar cerita isteri pertama Surin, hatinya puas. Biar dia rasa, fikirnya.

“Alah, mak... bukan jauh mana dia dengan kitorang. Cuma...abang, biasalah, kan. Dia kalau dengan anak-anak, lupa dunia. Tak nampak orang lain dah.”

Mereka berdua ketawa mengekeh. Suka benar bila mendapati yang Surin langsung tidak menyedari kehadiran Asmidar di Taman Tasik Perdana tempoh hari.

“Muka dia sedih aje, mak. Masa dia balik, kan, langsung dia tak pusing belakang, tengok abang. Sebenarnya, Su cuak juga. Buatnya dia datang dekat kami, hilang mood Su. Tapi, mujurlah. Dia tu sedar diri jugak, ya, mak?”
Bukan sengaja hendak memuji tetapi hakikatnya begitulah. Suhana dapat melihat betapa Asmidar tidak berusaha untuk mendekati mereka. Mungkinkah perempuan itu cemburu melihat kemesraan Surin kepada dirinya dan anak-anak?

“Budak tu baik, Su. Bukanlah mak hendak memuji, tapi...dulu waktu dekat universiti, ada jugak Surin bawak kawan-kawan dia datang. Tapi, dah datang ramai-ramai, manalah mak tahu yang dia tu buah hati Surin, kan? Surin pun tak cakap.” Puan Ifa mengimbas kenangan lama.

“Mungkin betul cakap mak tu. Su pun rasa, dia tu baik jugak orangnya. Tapi, sebab dia baiklah, Su takut, mak. Abang cintakan dia sedangkan Su ni...”

“Jangan nak merepek, Su. Mak tengok, Surin tak berubahpun sikap dia dengan kamu. Lembut aje. Romantis pun ada jugak.”

Suhana ketawa. Gelihati bila mentua memenangkan anaknya.

“Yalah, dia kan anak mak? Mestilah mak menangkan dia, kan?”

“Hisy, kamu ni.... anak ke, menantu, ke, mak sayang sama rata, Suhana. Cuma, kalau Surin suruh mak terima si Asmidar tu, susahlah sikit. Mak tak suka perempuan yang merampas suami orang ni. Tapi, tak boleh nak buat apa. Laki kamu tu, telinganya macam telinga kuali. Besar tapi pekak. Mak cakap apa pun, bukan hendak dia dengar.”

“Apa mak cakap pada dia?”

Puan Ifa merenung wajah menantunya lalu menyambung, “Mak suruh dia ceraikan Asmidar tu.”

Suhana melopong. Rasa tidak percaya.

“Dia tak hendak, kan?”

Puan Ifa menggeleng. “Entahlah, mak. Su rasa tak sanggup dah. Su cemburu. Kadang-kadang, bila tengah malam, abang jaga.... dia mesti telefon si As tu, mak. Lama... sampai sejam lebih. Dia ingat Su tidur agaknya.”

“Selalu macam tu?”

Suhana mengangguk. “Tapi, sejak dua tiga hari ni, tak pulak. Macam diorang ada krisis aje.” Dia memberitahu.

“Tengok! Mak dah cakap. Tak guna kamu marah-marah. Tak payah berbomoh-bomoh. Yang penting, kamu ikhlas tunjukkan kasih sayang pada Surin. Kamu ada anak-anak. Itu senjata kamu. Percayalah cakap mak ni. Esok-esok, Surin akan jemu jugak dengan perempuan tu. Usahlah kamu risau. Kita berdoa aje pada Tuhan supaya Surin nanti berjaya lupakan dia.”
..........................

Surin menggelengkan kepala. Mendengar perbualan isteri dengan ibunya secara tidak sengaja membuat jiwanya berkocak seribu rasa. Begitu mereka mengharapkan dia dan Asmidar berpisah. Bercerai! Begitu mereka menitipkan doa agar mahligai bahagianya yang kedua runtuh bagai istana pasir yang hilang, lenyap tanpa kesan bila badai melanda pantai.

Patutlah Asmidar dingin dengannya sejak berhari-hari. Sangkanya, As murung bulanan, rupa-rupanya As terpandang dia dan keluarga di taman tasik.

Hai, la.. perempuan. Kenapa merajuk? Kenapa tidak diluahkan apa yang dirasa? Terkilankah? Sedihkah? Hamburkanlah!

Susah juga hendak menjaga dua hati. Baru kini terasa jerihnya. Usikan teman-teman yang mengatakan dirinya semakin kurus, mungkin ada kebenarannya. Makan hati dengan sikap bini-bini, huhu..... yang sorang, yang tua....manjanya semakin melebih-lebih. Dah naik muak pula dengan sikapnya yang mengada-ngada. Yang sorang sudah banyak memencilkan diri. Kurang bercakap, kurang mesra. Adui...sakit kepala! 

Ulasan

  1. susah nk pertahankan rumah tangga kalo keluarga sendiri pun bikin onar...

    BalasPadam
  2. adududuh... eii geramnye... tapi best pulak cerpan ni... watak surin agak lain ngan watak pemoligami dalam citer lain.. lain sgt cara surin meluahkan perasaan.. lepas, jelas dan pedas semestinya...

    apapun... i nak asmidar perlu tetap bertahan dengan kerenah bini tua...

    susah sebenarnya nak menagkan siapa di sisni..

    suhana dan asmidar nampak dua-dua baik...

    tapi sudah tentu asmidar yang harus dimenangkan...

    iyelah...

    watak utama kan....

    dan suhana pulak antagonis walaupun pada hakikatnya asmidar ni boleh dikatakan perampas laki orang....

    aaaahhh.. aku tak peduli...

    asmidar perlu dimenangkan...

    suhana patut ditinggalkan...

    wah!!! keterlaluan sudah...

    BalasPadam
  3. wlupn sy xsk asmidar yg kawin dgn suami org, sy jgk tdk myokong tndkn mak surin n suhana yg cb memishkn. mreka xrs,xprnh cb mletkkn dri mreka d tmpt asmidar...

    BalasPadam
  4. tulah pdhnye bl bini due..
    nk lg

    BalasPadam
  5. pasal tu jgn main dgn api, even ramai kata memang da jodoh, tapi berdoala semoga dpt jodoh yang baik2 dan tak terlibat dgn hal begini, tapi yala kalau da berdoa dan bertawakal tapi kena juga bermadu tu memang da takdir da kan..

    xtau nak sokong yang mana, tapi xmaula dorg bercerai..
    hehe

    BalasPadam
  6. @korro suffian

    tidak keterlaluan... mmg lumrah alam keindahan akan bersaing dengan kesakitan, bahagia luka turut beralun seiring...

    BalasPadam
  7. @Anonymous

    kadang-kadang isteri pertama lebih teruk sikapnya berbanding isteri kedua

    BalasPadam
  8. @yoonmin

    haha... tulah kahwin dua lagi!!

    BalasPadam
  9. @Anonymous

    ya jgn main api nnt bakar diri

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…