Langkau ke kandungan utama

Hati yang luka 5

“Jadi, mereka dah tahu tentang As?”

Surin mengangguk.

Asmidar tidak jadi meneruskan suapan. Rasa tersekat dah nasi di kerongkong. Risau.

“Suhana mesti mengamuk, kan?” soalnya lembut. Wajah suami ditatap hiba.

“Dia tak boleh terima abang menduakan dia, tu aje. Sayang jangan susah hatilah...” tangan isteri digenggam erat namun suapan diteruskan. Sejak rahsia terbongkar, dadanya rasa lapang. Dia tidak lagi perlu ke mari secara sembunyi-sembunyi malah sudah pandai membahagi hari. Tidak ada lagi istilah takut atau hendak menjaga hati Suhana.

“Dia mesti terluka. Sedih dan entah-entah asyik menangis sejak tahu tentang As. Kesian dia. As rasa bersalah pulak sekarang. As dah rampas abang daripada dia. As....As...”

Surin ketawa melihat gelagat Asmidar. Hatinya digeletek rasa lucu. Dulu, begitu beria-ia mahukan dia berlaku adil. Kini, bila hajat sudah tercapai, tetiba pula Asmidar bersimpati dengan nasib Suhana. Adoyai.. perempuan, tidak pernah puaskah kau dengan apa yang ada? Bagaimana lagi harus cinta ini aku buktikan?

“Bang, abang buat macam dulu semulalah, ya. Kita balik asal.”

Surin menggeleng-gelengkan kepala. “Abang dah bahagia dengan rutin ni. apasal pulak nak buat macam dulu balik? Suhana kan dah tahu tentang kita? Apa yang jadi masalah pulak ni?” soalnya ketika dia bangun untuk membawa pinggan ke sinki.

Asmidar segera bangun, mengambil pinggan suaminya dan kemudian tolong membasuhkan tangan Surin, siap sabun dan kemudian lap sekali. Ketika Surin duduk semula, dia segera menuang air ke dalam gelas dan menyuakan gelas itu kepada suaminya. Layanan yang sangat Surin hargai daripada seorang isteri.

“As tak sedap hatilah, bang. As tak mahu jadi punca pertengkaran antara abang dengan Suhana. As cuma nak tumpang kasih abang aje. As minta maaf kalau sikap As sejak dua menjak ni sedikit melampau tapi percayalah....As tak ada niat nak rampas abang dari dia.”

“Hei, jangan sedih, okey! Hal abang dengan Suhana, biar abang settlekan sendiri. As jangan susah hati. Sekarang ni, dia memang sedih...biasalah tu....selama ni, dia ingat abang hak dia sorang. Sekarang bila dia kena share abang dengan As, tentulah dia susah nak terima hakikat tu. Tapi, abang dah cakap dengan dia yang korang berdua sama penting dalam hidup abang. Abang tak boleh kehilangan salah sorang pun...” balas Surin sambil merangkul tubuh Asmidar.

Asmidar segera menggeletek pinggang suaminya. “Tamak!” ujarnya bersama senyuman.

Surin ketawa.

“Mungkin?” usiknya.

Wajah Asmidar kembali serius. “Tapi....kalau ditakdirkan abang terpaksa memilih? Si....”

Soalannya tidak dapat diteruskan bila jari telunjuk Surin sudah diletakkan di bibirnya. Kepala Surin sedang menggeleng laju.

“Jangan tanya soalan tu. Abang tak sanggup dengar. Abang tak mahu buat. Kenapa abang mesti memilih? Kenapa salah sorang daripada As dan Suhana mesti memaksa abang membuat pilihan sedangkan kita boleh hidup bahagia macam ni? Kenapa nak jadi tamak?”  

Asmidar tidak menyahut sebaliknya dia bangun menuju ke balkoni. Ingin menikmati panorama indah sinaran lampu neon di Kuala Lumpur daripada kondominium yang telah diduduki selama berbulan-bulan.

Surin yang mengekori, memeluk tubuh tinggi lampai itu daripada belakang. Dia tahu, As susah hati. Sebagai isteri kedua yang sering digelar perampas, hati wanita itu sedang tidak enak memikirkan kemungkinan mereka akan terpisah.

Hatinya sendiri sedang resah. Ya, kalau ditakdirkan dia terpaksa memilih, bagaimana nanti? Siapakah yang akan kekal bersamanya? Siapakah pula yang akan diceraikan? Sanggupkah dia melepaskan Suhana, ibu anaknya yang tiga orang itu? Isteri yang setia setelah 5 tahun mereka berumahtangga? Dan.... dapatkah dia melepaskan kekasih hatinya yang ini? Asmidar? Wanita yang sentiasa memiliki sekeping hatinya sejak dulu.

“Tuhan, tidak bolehkah aku memiliki ke dua-duanya?”
................
Akan bersambung.... 

Ulasan

  1. eii.. jgnlah mudah mengalah as! come on! fight for life okey! jgn lepaskan peluang keemasan ini... mulakan langkah untuk memikat hati suamimu...

    mungkin hanya satu sahaj yang dapat menamatkan kerisauan surin...

    iaitu..

    suhana and the childs accident but surin terselamat dari kecelakaan itu and at the same time asmidar sudah mengandung.. so, surin taklah kecewa sgt dengan kematian anak2 nya, at least their coming baby dapat mengurangkan kelukaannya... dan they live happily ever after...

    haha... mencarut dah ni...

    BalasPadam
  2. ah....tak tahu apa nak cakap bila baca cerpen ni. rasa sakit hati, sedih, marah. rasa cam ada satu perasaan yang tersekat. tak terluah. tak suka situasi ni tapi still nak baca gak....

    BalasPadam
  3. bla dipikir2 balik sbnrnya surin yang tamak..mahukan kedua2nya...moga2 asmidar jumpa org lain yg boleh buat dia bahagia..(jahatkan mengharapkan keruntuhan rumah tangga org) :p

    BalasPadam
  4. buat istiharah... moga2 Allah beri pentujuk...

    BalasPadam
  5. sian suhana nak kecik2 tiga org pulak macamana nak handle unless ada org gaji di buat klu nak semuanya lelaki lagi tension mahu dapat penyakit meroyan tulah lelaki berpangkat sikit semua mampu

    BalasPadam
  6. klu kita jadi isteri pertama macam mana tak angin balik jauh2 malam rumahtangga dia kita handle seorng di buat ank semua lelaki lagi tension, belum sempat bernafas dah mengandung maklum subur belum pening muntah alahan, dlm mengandung jaga ank kecik, klu kembar lagi haru betullah lelaki lepas tangan ikut nafsu bukan bertanggunjwab namanya tu sorrylah sebab dah dah rasa ank berderet penat gila klu tak ada penbantu

    BalasPadam
  7. adui paling tidak suka membaca cite bermadu atau dimadukan

    tapi baca juga haha

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…