Langkau ke kandungan utama

hati yang luka 4

Berapa lama dapat menutup kebenaran? Harum atau wangi, baunya cepat dihidu orang. Begitu juga dengan cerita perkahwinan kedua Surin Amzar. Ada mulut sudah cerita sama emak. Ada mulut sudah buka rahsia sama bini tua. Kini, kedua-dua wanita itu sedang menangis.

Surin resah. Hendak pujuk siapa dulu, ya?

“Kenapa, Surin? Kenapa kamu kahwin lain? Apa yang kurang dalam rumah tangga kamu dengan Suhana ni?” tanya puan Ifa kepada anak lelakinya.

Pertemuan dengan Roza dan suaminya beberapa hari lalu masih berbekas di dalam hati. Ketika itu dia dan Suhana di Kamdar. Ingin membeli langsir yang sedang dijual murah. Roza ialah sepupu Suhana. Daripada Rozalah, baru terpecah tembelang. Suaminya, Azlan mendengar cerita itu daripada kawan baik Surin, Ismadi.

Suhana menangis tersedu-sedu. Hati yang sedia sayu semakin sedih bila Surin hanya diam tanpa sedikitpun ingin memujuk rajuknya ini.

“Siapa perempuan tu?” kali ini, suara puan Ifa melengking kuat.

Surin menarik nafas panjang. “Nama dia, Asmidar, mak. Kami berkawan masa kat U. Bukan setakat kawan, dia kekasih saya. Memang saya cadang nak kahwin dengan dia, dah janji dengan dia tapi, bila mak dah pinangkan Suhana untuk saya, dah tetapkan tarikh kahwin kami, saya tak boleh nak kata apa dah. Saya tak mahu mak malu sebab semuanya dah mak buat, siapkan untuk saya. Jadi, saya mintak putus dengan As.”        
  
Cerita lama terbongkar. Memang pedih kenyataan itu. Hatinya tidak merelakan tapi, dia tidak mahu melukakan hati ibunya. Tidak mahu menghampakan harapan ibunya. Dia tahu Asmidar terluka. Hatinya sendiri pedih dan parah. Namun, dia yakin, pilihan ibunya mestilah yang terbaik dan dia tidak silap. Suhana memang gadis yang santun, bersopan dan mentaati suami. Makan minumnya terjaga. Pendek kata, kerana dia anak yang baik, dia mendapat isteri yang sempurna.

“Macam mana boleh jumpa dia semula?” puan Ifa masih tak puas hati lagi.

“Kami jumpa semula masa saya seminar di Kuching tahun lepas.”

“Maklumlah, jumpa kekasih lama, ya, bang? Cinta pertama pulak tu? Tak kira, laki orang pun dia nak kebas, kan?”  Suhana membentak. Geram dengan perempuan tu. Rasa ingin sahaja dicilikan! Baru tahu!

“Jangan marah dia, Suhana. Tepuk sebelah tangan tak berbunyi, kan? Abang mengaku, abang yang mulakan dulu. Abang yang ajak dia keluar makan, jumpa, dating...semua abang yang mulakan.”

“Dengarlah tu, mak! Bukan main sayang abang pada perempuan tu! Suhana ni tak bernilai apa-apa pun!”

Surin menggelengkan kepala. Tidak langsung dia berniat hendak mengecilkan hati Suhana. Tidak langsung mahu membela atau menyebelahi Asmidar. Memang ini salahnya. Dia yang tidak mampu menangkis gejolak perasaan. Dia yang tidak sanggup kehilangan Asmidar kali kedua. Hanya dia!  

“Sekarang ni, macam mana, Surin? Tak ada perempuan yang sanggup dimadu. Kamu tengok si Suhana ni. Dah bengkak-bengkak mata dia menangis. Takkanlah kamu nak biarkan aje dia? Tak kesian?” puan Ifa melembutkan suara.

“Mak, Suhana, dah 5 bulan saya kahwin dengan As. Selama ni, saya tak pernah abaikan Suhana dengan anak-anak. Malah, saya tak pernah adil pada Asmidar. Tolonglah faham. Saya sayang dua-dua. Baik Suhana, mahupun Asmidar, saya nak dua-dua. Saya mampu, emak tahu, kan? Suhana, jangan pulak awak mintak saya lepaskan Asmidar, saya tak mungkin lakukan. Dia penting dalam hidup saya. Macam mana awak dan anak-anak kita. Tolonglah faham.”

Dia bangun, meninggalkan mentua dengan menantu, cuba memahami kata-kata dan kehendak yang tersembunyi.

Ulasan

  1. aiyoo.. rumit2. surin kena pndai buat keputusn. suhana kena blajar menerima. asmidar plak kena bersedia utk dilepaskn. huhu

    BalasPadam
  2. senget la surin tu..
    kalau die cerai ngan as pon takpe
    laki cam tu lg baik tak pyh wt suami

    BalasPadam
  3. eii.. tak sukelah suhana ni.. haha.. mentang2 bukan heroine, mesti i tak suke walaupun pompuan tu baik ke bidadari ke, memang i tak suke...

    entahlah i pun x tau kenape!

    entah kenape i nak watak yg bukan heroine tu berambus dari hero...

    walaupun mereka dah ada anak tapi i langsung x bersimpati kat pompuan tu...

    apa yg i nak skrg... suhana tu berambus dari hidup surin ...

    entah kenape i nak anak2 tu meninggal...

    waduh2!

    cemburu tahap kronik..

    bukan cemburu.. tapi i nakkan hidup heroine tu sempurna dan aman bahagia tanpa suami perlu membahagikan kasih kepada anak tiri or isteri tua..

    beginilah agaknya kalau sudah gian ngan novel...

    susah nak kembali ke pangkal jalan dah ni..

    tolong i...

    BalasPadam
  4. @hana_aniz

    ya, sukar untuk berhadapan dengan kenyataan...

    BalasPadam
  5. @yoonmin

    marah namapk? hehe sabar ya...

    BalasPadam
  6. @Anonymous

    tapi cian kat anak-anak diorang, cian kat suhana jugak...

    BalasPadam
  7. nasi dah jadi bubur... moga2 temui jalan penyelesaian yg sempurna

    BalasPadam
  8. mana boleh nak salahkan isteri pertama juga, sebab isteri kedua mesti tahu juga dia yang mengambil jalan berkongsi kasih

    dan paling penting yang salahnya lelaki tulah, kalau betul dia xnak kawin dua mesti tak kawinla, tapi dia yang mahu kawin juga..

    memang pedihla kongsi kasih ni,
    bg yang da kawin yang perempuan memang paling anti nak baca pasal madu2 ni sebab terasa sgt

    hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…