apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

20.2.11

hati yang luka 2

“Sampai bila nak hidup macam ni? Tengoklah, bila ada kenduri kendara, kau datang sorang aje. Dia? Langsung tak sudi nak jenguk.” Marah kak long Besah membuat riak muka Asmidar berubah. Terhambur kemarahan kepada Surin, yang dilepaskan kepada dirinya. Tapi, memang ini kebenaran, nak cakap apa lagi? Tadah ajelah telinga sampai berdarah.

“Tulah! Kitorang dah cakap! Jangan cari penyakit! Jangan cari pasal. Bukan senang kahwin dengan suami orang. Sekarang, rasakan! Ada laki, macam tak ada! Semuanya dibuat sendiri, macam masa zaman belum kahwin dulu. Huh, alang-alang baik dulu lagi. Nak bergerak pun senang. Ni, nak ajak pergi famili gathering pun payah!” sahut Kak Ngah Ton, pula.

“Sudah sudahlah tu! Korang berdua ni tak habis-habis. Budak tu dah lah ada masalah. Korang bukan nak sejukkan hati dia, sengaja pulak jadi batu api. Dah! Tinggalkan As tu. Pergi ke dapur, tengok apa yang patut!”

Asmidar sangat berterima kasih pada babah. Babah yang selalu menyokong tiap tindakannya. Yang selalu menyebelahinya. Yang selalu mengambil berat tentang dirinya.

“Babah, memang... kitorang bagi nasihat, kata kami membebel. Sebab tulah, anak bongsu babah ni jadi perempuan malang. Tengoklah...... dulu lagi Besah dah cakap, jangan rampas hak orang, tak bahagia nanti. Surin tu memanglah pernah jadi kekasih As tapi, dalam berkasih sayang tu pun, dia kahwin jugak dengan pilihan mak dia. Dapat anak jugak. Suruh As lupakan dia, tak mahu. Bila jumpa semula, terus sambung hubungan. Lepas tu, kahwin! Tapi, cuba babah tengok anak babah tu betul-betul. Babah rasa, dia bahagia ke?” Besah terus membebel. Hati yang sakit sebab Asmidar tak dengar cakap, ditambah dengan marah pada pembelaan babah yang tak kena tempat. Huh...

“Benda dah terjadi, nak buat macam mana lagi?” babah balas.

“Apa pulak, babah! Suruh aje As minta fasakh, habis cerita.”

“Kak Ngah?” Asmidar tidak menyangka itu mahunya kak Ngah.

“Tak baik bercerai.” Babah berbisik. Wajah anak-anak dipandang silih berganti. “Kecuali kalau As dah tak sanggup hidup dengan Surin.”

Asmidar tunduk. Kata-kata ayahnya tajam hingga ke ulu hati. Seolah-olah babah tahu, bahawa kini, antara dia dengan Surin sudah ada bibit-bibit pertengkaran. Bahawa, antara dia dengan Surin sudah ada tanda kerenggangan.

Kak Ngah pegang tangan As. “Adik.. bukan kak ngah nak menghasut. Bukan! Tapi, kak ngah kesian tengok kau. Ni nak cerita sikit. Minggu lepas, kak ngah bertembung dengan Surin sekeluarga dekat Pizza Hut. Bukan main meriah diorang. Bahagia sungguh! Kak ngah sengaja pergi dekat. Kelam kabut Surin nak kenalkan kak ngah dengan abang ngah pada bini dia. Sudah-sudahnya, dia cakap yang abang ngah kawan bos dia. Berasap kepala kami, dik. Rasa hendak aje kak ngah jerit bagitau Suhana siapa kami sebenarnya tapi, mujurlah abang ngah cepat-cepat tarik kak ngah jauh-jauh. Tengok... dengan kakak ipar sendiripun dia tak ‘respect’. Macam mana nak harap dia jadi pelindung kau? Nak bergantung harap? Boleh ke?”

Asmidar menyeka air mata yang tumpah. Sedih mendengar cerita kak ngah. Sedih bila Surin buat macam tu pada ahli keluarganya. Geram pun ada. Sakit hati pun datang jugak. Tapi, dia sayang Surin. Dia cinta Surin. Dia... dia tak sanggup berpisah dengan Surin. Dia benar-benar tak sanggup.  

4 ulasan:

  1. mmmm.. salah asmidar sendiri. adehhh. sape la suruh kaco suami orang??

    BalasPadam
  2. adui sendiri cari penyakit.. sekarang sapa pun tak boleh tolong melainkan diri sendiri...
    kak lagi....

    BalasPadam
  3. @miznza84

    cintanya sudah menjadi tugu camne tu?

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.