apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

20.2.11

hati yang luka 1

Asmidar membelek-belek wajah tampan yang sedang lena tidur di sisinya. Sungguh lena, sungguh nyenyak hingga langsung tidak sedar bila Asmidar sengaja memasukkan jari kelingkingnya ke dalam lubang hidung lelaki itu yang mancung. Tertawa halusnya juga tidak mampu menyedarkan lelaki itu. Nampak penat sangat….. iyalah, orang kena layan dua isteri, kan?

Hati jadi sayu tetiba. Senyumanpun terus hilang. Semakin lenyap bila ‘alarm’ berbunyi, tanda detik pertemuan mereka malam ini akan berakhir.

Kenapa malam bukan untuknya? Kenapa Surin tidak langsung boleh membenarkan dirinya menikmati malam-malam yang indah, seperti pasangan-pasangan lain? Kenapa, bila malam aje, Surin harus pergi meninggalkan dia, meninggalkan rumah mereka ini? Mengapa?

Dia tahu semua soalan-soalannya itu adalah soalan-soalan bodoh. Kerana dia punya jawapan untuk kesemuanya. Kerana dia arif benar apa sebabnya! Tidak lain dan tidak bukan kerana…. kerana dia hanya menumpang kasih. 

Kata Surin, sebagai isteri kedua, dia tidak boleh meminta-minta. Dia tidak berhak. Dia mesti tahu kedudukannya. Dia mesti tahu had dalam perhubungan di antara dirinya dengan Surin. Semua ini sudah termaktub dalam perjanjian ketika mereka ingin berumahtangga 5 bulan dulu. Semua ini sudah Surin pinta darinya dulu.

“As, As dah habis fikir dah? Kahwin, cerai, bukan soal main-main tau! Abang tak mahu nanti janji As sekarang ni hanya sekejap. Esok-esok bila dah jadi isteri abang, As mulalah hendak melebih-lebih. Mintak sesuatu yang As tau, abang tak mampu beri.”

Masih teringat kata-kata Surin dulu, ketika dia menerima lamaran lelaki itu. Waktu itu, dia hanya mengiyakan. Mengangguk tanda dia redha dengan apa yang bakal ditempuhi. Tanda redha berkongsi kasih. Tanda redha menerima setiap syarat yang Surin bagi.

“Abang tak boleh selalu dengan As. As kena faham. Abang dah lama kahwin dengan Suhana. Walaupun dia tu pilihan mak abang, kami bahagia. Kami ada anak. Abang tak boleh abaikan mereka.”

Asmidar melepaskan keluhan. Dia tahu janjinya. Tapi, tidak bolehkah kalau malam ini, malam ini sahaja... Surin menjadi miliknya? Surin tidak pernah mahu tidur di rumahnya, walau sekali. Ada tidakpun, pada malam pertama pernikahan mereka dulu, di kampung. Itupun dah macam cacing kepanasan sahaja Surin hendak menjawab panggilan isterinya yang tidak berhenti-henti sepanjang malam.

Hatinya panas mengingati. Surin asyik mahu dirinya beralah. Mematuhi janji yang dia buat. Bagaimana Surin pula? Adilkah apa yang dibuat kepada dirinya ini?

“Arghh, apa nak jadi, jadi lah! Aku tak mahu kejutkan dia.” Berontak hati lalu dengan perlahan-lahan, menarik lengan sasa suaminya dan meletakkan kepalanya di situ. Hati berbunga riang bila Surin terus sahaja mendakap tubuhnya erat-erat. Bibir tersenyum manis ketika mata sengaja dipejamkan.
..................

“As, Asmidar! Bangun! Bangun!” Serentak dengan itu Surin Amzar bangkit terjun dari katil. Melihat jam, hati menjadi cemas. Dah dekat pukul 12 tengah malam. Mak... dah lewat sangat ni!

Melihat Asmidar yang masih sedap lena, hati sedikit terusik. Rasa kasihan menjengah juga tapi apa hendak dikata. Dia perlu balik ke sana. Kalau tidak, jenuh... apa hendak dijawab bila Suhana bertanya nanti?

Kahwin, kahwin jugak. Rahsia tetap rahsia. Keharmonian yang ada tidak boleh diganggu- gugat. Ni, pertama kali dia lambat balik. Buatnya Suhana bercekak pinggang kat tengah-tengah muka pintu, kang? Apa nak jawab?

Pakai baju pun kalut semacam aje. Risau punya pasal. Dalam kepala sedang mencongak-congak apa nak cakap nanti. Alasan apa hendak diberikan. Masak! Masak!

“Nak balik sana aje, mesti kalut. Kenapa? Selama ni dia tanya ‘every detail’ ke bila abang balik lambat? Dia selidik ke abang ke mana? Dengan siapa? Berapa orang? Makan di mana? Makan apa? Semua tu abang mesti ceritakan pada dia?” Asmidar bertanya dari atas katil. Wajahnya cemberut merenung suami yang seolah-olah sudah tidak sabar hendak pergi. Yang seolah-olah tidak sabar hendak meninggalkannya sendiri.

“Sorilah, sayang. Abang kena pergi, okey. Tupun dah lebih 3 jam daripada selalu, kan?” Surin mengusik, menguis hidung Asmidar.

Asmidar mengeluh. “Macamlah lama sangat 3 jam tu.” Bisiknya.

Surin yang mendengar tersentak. Dahinya berkerut. Wajahnya hilang senyum. “Dah mulalah tu!”

“Mula apa?” tanya Asmidar berani.

“Mula meminta-minta! Lupa pada janji lama?” Surin mengungkit.

Asmidar menarik muncung. Geram.

“Yalah! Baliklah! Orang tak ungkit dah. Orang tak lupa janji orang. Orang tak nak mintak apa-apapun. Pergilah! Tu, isteri kesayangan abang tu dah tunggu, penuh rindu!” rajuknya langsung menarik selimut, menutupi tubuh hingga ke kepala.

Surin ingin memujuk namun pada masa itu, telefon yang baru sahaja dihidupkan berbunyi. Dia segera menekan punat hijau.

“Ya, sayang. Abang baru je habis meeting. Ya, on the way nak balik rumah dah ni. Belum makan lagi. Tunggu abang, kita makan sama-sama.”

Talian diputuskan. Sekilas, dia berpaling ke arah Asmidar yang masih berbungkus selimut. Dia tahu, Asmidar kecil hati dengannya. Tapi, sekarang, dia tak ada masa nak pujuk. Esok-esoklah! Bisik hati.

Tanpa pamitan, dia terus berlalu.

Tanpa ciuman di dahi, seperti selalu!

Dan, Asmidar terus kelu. Membiarkan air mata menitis laju. 

9 ulasan:

  1. best! lain dari yg lain. sambung cepat cikgu sofi??

    BalasPadam
  2. eii.. kenapelah asmidar ni x guna kepala hotak die... itulah kalau memikirkan nafsu... tengok! badan sendiri merana...

    BalasPadam
  3. apa sebabnya asmidar ni kawen ngan surin... dah takde lelaki lain kew?
    eii... cari masalah jer asmidar ni...

    masih byk lelaki d luar sana oii puan asmidar!! jgn kerana cinta buta...kau tutup matamu...
    nasi dah jadi bubur.... cian awak asmidar... tumpang simpati kat awak...

    byk2 kan bersabar ye! hidup x selalunya indah...

    BalasPadam
  4. hu hu..novel baru :)
    sy baru nak start baca

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.