apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

9.2.11

giliran isteri mencekup suami berkhalwat pulak...

ingat tak beberapa hari lepas aku masukkan kisah suami dan anak cekup isteri/ibu yang sedang syok berkhalwat dengan kekasihnya? hari ini, terbalik pulak. isteri dan anak-anak seramai empat orang bawak polis pi cekup suami/bapak yang berkhalwat. makk....

apa nak jadi malaysia ni? sebuah negara islam tetapi kes khalwat/zina tiap-tiap hari pasti keluar dalam surat khabar. tak takut pada allah ke? tak takut mati ke? tak takut jadi penghuni neraka? 

zina kan hukumnya berdosa besar? aduh....

kalau nak sangat pada puck muda, kahwin ajelah! yang pi bersekedudukan selama 3 tahun tu, kenapa? takut bini? hai, takkan takut bini lebih daripada takutkan Allah dan hukumnya? 

aku harap anda baca sini. 

semoga perkahwinan kita tidak diuji sebegini, ya? semoga kita sentiasa menjaga mata, hati, fizikal dan rohani sebaiknya. semoga doa kita tidak putus-putus kepada allah agar menjaga kita dan keluarga daripada musibah ini. insyaallah!

sofi. 



2 ulasan:

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.