apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

9.2.11

gaduh, pukul dalam mahkamah. hah?

mereka berkahwin di pakistan. siapa? oh... perempuan melayu  ni dengan warga pakistan. x payahlah sebut nama, ya. bila kahwin? tahun 2009 dulu. 

si perempuan ini mendakwa, beliau terkena sihir ilmu hitam sehingga beliau mengikuti lelaki itu bagaikan 'lembu dicucuk hidung' apabila diculik dan dibawa berkahwin mengikut mazhab Hanafi di negara asalnya. kini, mereka sedang menghadapi prosiding mahkamah untuk mengesahkan pernikahan mereka di mahkamah tinggi syariah. pengesahan itu dipohon oleh pihak lelaki.

agaknya perempuan ni geram sangat dengan warga pakistan tu jadi, semasa dalam mahkamah semalam dia menampar dan memukul pasangannya itu. keadaan makin tegang bila ibunya, yang berada di tempat duduk awam membaling fail. fail tu kena kepala peguam si suami. tak cukup dengan tu, keluarga perempuan tu menjerit-jerit marahkan lelaki itu tanpa mempedulikan teguran hakim. 

Kekecohan itu berlangsung selama hampir 15 minit dan berjaya diredakan lebih 10 anggota polis bertugas sebelum hakim menetapkan 7 April depan sebagai tarikh sambung bicara. 


si suami buat permohonan mendaftarkan perkahwinan dengan si isteri yang didakwa berlangsung di Pakistan pada 2 April 2009. tapi, hakim menangguhkan keputusan pengesahan perkahwinan itu kerana terdapat lima perkara yang perlu dijelaskan oleh kedua-dua pihak termasuk bukti yang perempuan itu disihir pemohon dengan mengemukakan pakar dalam bidang itu. 

Jika si isteri gagal mengemukakan bukti pada prosiding akan datang, mahkamah akan memerintahkan si suami bersumpah dan mengemukakan dokumen perkahwinan mereka di luar negara bagi membuktikan ijab kabul pasangan itu sah di sisi agama dan Majlis Akad Nikah negara berkenaan. 


sofi: baca ajelahhh....


sumber: bharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.