Langkau ke kandungan utama

FISIOTERAPI

JEFFRY (kiri) membuat demonstrasi mengangkat pesakit OKU 
menggunakan peralatan hoist di pusat fisioterapi wq park.
Cabang kesihatan yang jarang kita peduli ialah bahagian fisioterapi. aku pun baru seminggu dua ini berjinak-jinak dengan fisioterapi, itupun kerana anak aku terjatuh dan otot kakinya terkoyak menyebabkan dia tidak boleh berjalan untuk dua, tiga hari. sudahnya, dia memerlukan jabatan fisioterapi ini. hmm....
fisioterapi ialah ilmu yang menitik beratkan untuk menstabilkan atau memperbaiki gangguan fungsi alat gerak/fungsi tubuh yang terganggu yang kemudian diikuti dengan proses terapi gerak. Menurut Departemen Kesehatan Indonesia Fisioterapi adalah suatu pelayanan kesehatan yang ditujukan untuk individu dan atau kelompok dalam upaya mengembangkan, memelihara, dan memulihkan gerak dan fungsi sepanjang daur kehidupan dengan menggunakan modalitas fisik, agen fisik, mekanis, gerak dan komunikasi
haha...tak faham? tu, definisi daripada wikipidia dalam bahasa indonesia. bahasa mudahnya, fisioterapi ialah pemulihan anggota apabila tubuh badan seseorang tercedera kerana kemalangan.

misalnya, untuk membolehkan seseorang individu menambahkan kemahiran menggerakkan kerusi roda, dia mesti menjalani senaman khas untuk menguatkan otot-otot badan, tangan, dan kaki, satu rutin yang akan membentuk postur badan terutamanya buat mereka yang berkerusi roda.
"Tanpa kekuatan otot tangan dan kedudukan postur badan yang baik, pastinya ia menyukarkan pesakit untuk mengendalikan kerusi roda. Jika memandu memerlukan tenaga tangan untuk mengendalikan stereng kereta, begitu juga dengan kerusi roda. Otot tangan pesakit perlu kuat untuk menggerakkan kerusi roda ke depan dan ke belakang serta membuat aksi wheelie serta pergerakan yang lain."
individu yang perlu berkerusi roda gara-gara mengalami kecederaan akibat kemalangan juga berpeluang untuk sembuh sekiranya mengikut nasihat doktor dan menghadiri sesi terapi berjadual yang ditetapkan. jika anda berdisiplin, tidak mustahil anda yang selama ini berkerusi roda untuk ke mana-mana mengalami peningkatan kesihatan dan keupayaan fizikal memberangsangkan. anda mungkin sudah mampu berdiri, mengimbangkan badan dan mengatur langkah secara perlahan-lahan.

jadi, percayalah, sikap positif membantu memulihkan mental dan fisioterapi membantu memulihkan fizikal anda.

baca tentang fisioterapi di sini. 

sofi

Ulasan

  1. otot kaki terkoyak?semoge cpt sembuh

    BalasPadam
  2. @bella
    alhamdulillah, dah boleh jalan dah..

    BalasPadam
  3. ya..hehe..ramai yg xtau lagi pasal fisio ni..xpa..sekarang pun makin ramai org yg sedar kewujudan fisio ni..hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…