Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

si isteri meninggalkan rumah pada september tahun lalu. katanya, dia dan suami sudah tidak sefahaman. kalau bersamapun, asyik bertengkar... ...

fb memisahkan mereka?

By Februari 11, 2011

si isteri meninggalkan rumah pada september tahun lalu. katanya, dia dan suami sudah tidak sefahaman. kalau bersamapun, asyik bertengkar... buat apa? tiba-tiba, pada hujung bulan 12 lepas, gempar menyatakan bahawa si isteri telah menculik anak bongsu mereka yang berumur setahun. 

semalam 10 Februari, si suami bersetuju menceraikan isterinya itu tetapi dengan satu syarat. anak yang dibawa pergi mesti diserahkan kepada suami untuk dipelihara. si isteri pun bersetuju jadi, di hadapan hakim syarie, suami melafazkan talak 1. ikuti kisah sedih ini di bawah:-

KUALA LUMPUR 10 Feb. - Seorang pegawai bank menceraikan isterinya dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, dekat sini hari ini selepas wanita itu bersetuju memberikan hak penjagaan anak bongsu mereka yang berusia setahun kepadanya.

Azilawati Jusoh, 37, selaku plaintif akur  memberikan hak penjagaan anak perempuan bongsu daripada tiga beradik, Dhia Delisha Hannan kepada defendan, Norashid Jeran, 39, sebagai syarat dia diceraikan.

Lafaz cerai talak satu itu disahkan oleh Hakim Syarie, Abdul Halim Abdullah pada pukul 3.30 petang ini mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Hujung bulan lalu, kisah kehilangan Dhia Delisha disebarkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menamakan Norashid sebagai individu yang kehilangan anak.

Media cetak dan elektronik serta orang awam di sekitar Lembah Klang gempar dengan dakwaan berlakunya penculikan itu selepas SMS berkenaan tersebar luas di laman sosial di Internet.

Bagaimanapun, pihak polis pada hari yang sama mengesahkan kandungan SMS melibatkan penculikan itu adalah palsu.

Norashid ketika ditemui pemberita di luar mahkamah menyatakan bahawa kiriman SMS tersebut benar cuma ia bukanlah melibatkan kes penculikan.
Plaintif ialah ibu dan dia berhak ke atas anak saya, jadi dia bukanlah menculik Dhia Delisha, dia cuma mengambil Dhia Delisha tanpa memaklumkan kepada saya dan keluarga. Kami sangat bimbang dan bersedih ketika kejadian itu kerana selepas plaintif pergi meninggalkan saya dan anak-anak pada September tahun lalu, saya sendiri yang menjaga mereka.
Katanya lagi, dia akan mengambil semula Dhia Delisha yang kini dijaga oleh keluarga bekas isterinya itu di Kuala Kangsar, Perak, dalam masa terdekat.

Norashid yang diwakili Peguam Syarie, Zulqarnain Lukman hadir bersama dua anaknya yang lain iaitu Nordamia Hannan, 11, dan Muhammad Dzakirin, 10.

Kedua-dua kanak-kanak itu dilihat enggan berjumpa dengan ibu mereka meskipun dipujuk oleh ahli keluarga Norashid.

Azilawati yang diwakili Peguam Syarie, Nik Nurul Atiqah Nik Yusof hadir ditemani ahli keluarganya. Wanita itu yang bekerja di sebuah bank di ibu negara membuat permohonan cerai secara baik pada 24 Disember tahun lalu selepas mendakwa tidak lagi tinggal serumah dengan Norashid.

Azilawati ketika disoal oleh hakim mengenai alasan permohonan itu dikemukakan menyatakan, dia sudah tidak tinggal bersama, tidak mempunyai persefahaman dan sering berbalah dengan defendan dalam tempoh masa yang lama.

Difahamkan, hubungan pasangan itu retak gara-gara laman sosial popular, Facebook.

hai... fb lagi??? berhati-hatilah kawan-kawan. 

sofi


You Might Also Like

0 comments

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.