Langkau ke kandungan utama

Diabetis @ Kencing Manis..cegah sebelum mengidapnya



Penyakit ini telah lama diketahui manusia. kini, beribu-ribu penduduk di negara kita mengidap penyakit ini.

Apakah Dia Penyakit Kencing Manis?
kencing manis - kadar gula berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan hormon insulin untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Insulin dihasilkan oleh organ pancreas yang terletak dibawah perut. 

Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian daripada makanan. Dalam perut, makanan berkanji dan bergula  (karbohidrat) ditukar kepada bahan gula (glukos) dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. 

Dalam keadaan biasa, insulin membantu gula (glukos) dalam darah untuk memasuki sel-sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Bagi orang yang mengidap penyakit kencing manis,  pancreas tidak dapat menghasilkan insulin secukupnya.  Akibatnya, gula tidak dapat memasuki sel-sel badan. gula dalam jadi tinggi. Gula yang banyak ni dibuang bila anda kencing.  Inilah sebabnya, penyakit ini dikenali sebagai penyakit kencing manis. 

Siapakah pengidap penyakit kencing manis ?
Sesiapa pun boleh mendapat penyakit ini terutama faktor keturunan dan obes.

Apakah rawatan untuk penyakit kencing manis ? 
Rawatan untuk penyakit kencing manis adalah melalui kawalan pemakanan. bagi kes-kes yang tidak teruk, penyakit dikawal melalui jagaan makanan sahaja.

Ubat terdiri daripada insulin dan pil. Insulin - suntikan, pil - telan. 
doktor anda akan tentukannya. 

Rawatan awal adalah penting.
-Menyembuhkan tanda-tanda dan gejala kencing manis
-Menggelakkan atau mengurangkan akibat-akibat buruk yang berlaku jikalau penyakit ini melarat
-Membolehkan pesakit hidup dalam kehidupan biasa dan bahagia

Ubat
-patuhilah nasihat doktor anda mengenai ubat-ubat yang anda perlu ambil
-Jangan berhenti mengambil ubat selagi doktor tak benarkan. kerana berhenti mengambil ubat tanpa nasihat daripada doktor  sangat merbahaya. ini boleh mengakibatkan penyakit anda melarat disebabkan tidak dikawal dengan sempurna
-Jangan lupa untuk pergi ke hospital atau klinik pada masa yang ditetapkan untuk pemeriksaan doktor
-Pemeriksaan dari masa ke semasa termasuk ujian air kencing dan darah adalah sangat penting dalam rawatan dan kawalan kencing manis

Makanan
Makanan harian bergantung kepada berat badan, umur, pekerjaan dan aktiviti yang dilakukan oleh anda dan keadaan penyakit anda. 

Makanan yang patut dielakkan ialah gula, gula melaka, coklat, jem, madu, sirap, aiskrim, biskut-biskut yang manis, susu pekat, minuman ringan, gula-gula jeli

Makanan yang patut dikurangkan ialah nasi, roti, ubi kentang, Ubi keledek, Ubi kayu, Jus, Kelapa, Daging kambing, Buah-buahan jeruk, Bahan-bahan tenusu

Makanan yang boleh dimakan dengan bebas : Serbuk lada, Rempah-rempah, Serbuk kari, Cecair – air,the, kopi,jus tomato dan limau, sup cair, Sayur-sayuran – kacang panjang, kobis, bawang, timun, lobak merah, kangkong, sawi, cendawan, bayam, tomato, bunga kobis, kacang bendi, terung, ketola.

Penjagaan berat badan
-Amatlah penting bagi pengidap kencing manis untuk sentiasa ,menjaga berat badan. Kalau berat badan turun, badan dapat menggunakan gula dalam darah dengan lebih sempurna dan dengan itu, kadar gula dalam darah akan turun. Kalau anda gemuk? Kurangkan makanan! Terutama makanan yang terlalu banyak karbohidrat dan lemak
-Bersenamlah selalu

Senaman
-Cuba melakukan senaman setiap hari seperti berjalan dan berkebun
-Senaman yang dilakukan secara teratur adalah sangat baik untuk penyakit kencing manis kerana ini dapat menambahkan lagi pembakaran gula dalam otot-otot dan dengan itu mengurangkan kandungan gula dalam darah. Pengaliran darah juga bertambah baik

Perkara untuk diawasi : kalau anda kurang aktif dan sudah lama tidak bersenam, dapatkan nasihat doktor anda sebelum memulakan apa-apa senaman

Mengelakkan jangkitan
-Pesakit kencing manis lebih mudah mendapat jangkitan daripada orang biasa. Oleh itu, anda perlu menjaga diri sendiri melalui langkah-langkah tersebut :

1.Selalu menjaga kebersihan diri
tiap-tiap hari, cucikan kaki dan jari-jari kaki dengan menggunakan sabun dan air, keringkan kaki dan sapukan bedak

2. Mandilah selalu
Sapukan bedak di bahagian-bahagian kulit yang berpeluh berlebihan

3. Jaga kebersihan gigi

4. Menjauhkan diri dari kecederaan
5. Jangan berjalan tanpa kasut atau selipar
6. Berhati-hatilah semasa memotong kuku jari dan jari kaki
7. Bersih dan balutkan mana-mana luka yang ada
8. Berhati-hati semasa bercukur
9. Penjagaan kaki
Kalau peredaran darah di bahagian kaki anda tidak dapat mengalir dengan sempurna atau diganggu, ini boleh membawa akibat yang buruk dan mungkin boleh menghilangkan kaki anda disebabkan oleh jangkitan yang melarat. Oleh itu, sentiasa perlu menjaga kaki anda
10. Jangan menyilangkan kaki anda semasa duduk pada suatu masa yang lama
11. Jangan pakai kasut yang ketat
12. Sentiasa urutkan kaki anda
13. Tiap-tiap hari, berbaringlah dengan meletakkan kaki di paras yang lebih tinggi dari badan anda untuk beberapa minit

Apakah bahaya kalau penyakit kencing manis tidak dirawat atau dikawal dengan baik? 
-Penyakit ini akan melarat sehingga mendatangkan akibat-akibat buruk seperti :-
Buta, Kerosakan buah pinggang, Sakit jantung dan penyakit lumpuh, Darah tinggi, Penyakit saraf (Ini boleh mengakibatkan pesakit hilang deria di bahagian kaki dan tangan. Ia tidak dapat merasai sakit, panas dengan itu boleh mencederakan diri sendiri tanpa disedari), Jangkitan yang menyebabkan Gangrene (tisu-tisu mati) yang boleh mengakibatkan kehilangan kaki, Tidak sedarkan diri
- Kalau tidak dirawati dengan serta merta, pesakit boleh maut

Anda boleh mengelakkan akibat-akibat buruk ini kalau anda menjaga diri anda dengan baik
Mengidap penyakit kencing manis tidak bermakna anda hidup seperti dipenjarakan
Kalau anda ikut langkah-langkah dalam rawatan dan kawalan penyakit ini, anda boleh menikmati kehidupan yang penuh dan bahagia
Kawal penyakit kencing manis untuk menikmati kehidupan yang bahagia dan sihat
dipetik dpd sini 

sofi


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…