Follow Us @soratemplates

13.2.11

dia perlukan teman tidur, bukan suami!!

di barat budaya sebegini sudah lama wujud. pasangan lelaki dan perempuan tinggal sebumbung tanpa ikatan perkahwinan. ataupun, pasangan yang bertemu sesekali itupun hanya untuk melampiaskan nafsu masing-masing.

ingatkan budaya sebegini tidak mungkin menjengah keharmonian malaysia. silaplah tu... budaya ini sudah menular dalam masyarakat kita. anda tahu?
Dari awal lagi saya dah ingatkan dia, jika pilih saya sebagai pasangan, lupakan soal sayang dan jangan fikir hendak kahwin. Saya tidak perlukan semua itu. Dapat ‘tidur’ dengan saya sudah cukup, saya tidak mahu lebih daripada itu.
bolehkah anda percaya yang ayat itu keluar dari mulut seorang wanita melayu yang mengaku islam? tapi ini kenyataan dunia serba canggih kita hari ini. 
Perkahwinan bagi saya membebankan. Namun saya tidak nafikan saya perlukan sentuhan lelaki, jadi inilah cara terbaik untuk memilih pasangan, tidak perlu berkahwin tetapi saya dapat apa yang saya kehendaki.
batas agama tercampak jauh. longgar sudah tiang keimanan. apa bakal terjadi nanti?
Saya bayar kereta, belanja makan dan perbelanjaan lain dengan wang sendiri. Teman lelaki saya pun sama. Saya bebas untuk berbuat apa saja, kami tidak perlukan apa-apa ikatan. Yang penting, saya ada teman untuk ‘bersama'. Kenapa saya perlu ambil peduli apa orang nak cakap? apa yang saya buat adalah hak individu. Kahwin pun tidak menjamin apa-apa, lihat sekarang pun ramai pasangan asyik bercerai berai. Lagi bagus begini, sekurang-kurangnya saya dan teman lelaki tidak terikat dan bebas dengan apa yang kami ingin lakukan.
 terima kasih metro kerana mendedahkan hal ini. kepada manusia yang angkuh ini...kembalilah!!!

sofi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.