Langkau ke kandungan utama

cintaku dimukabuku 8

8
Ketika Aisyah naik ke tingkat 3, rumah agam itu, hatinya berdebar-debar. Dia sudah ditegah untuk tidak naik ke situ lama dulu. Namun dia terpaksa kerana ingin mencari Awa. Tadi dia nampak kelibat anak kecil itu berlari di sini.

Mereka sedang bermain sorok-sorok. Sangkanya, Awa akan hanya menyorok di luar atau di tingkat-tingkat bawah saja. Lupa pula memberi pesan supaya Awa tidak ke sini. Kalau Puan Hanum tahu, tentu Puan Hanum marah ni, detik hati.

“Awa.... Awa.....”

Di suatu sudut, ada sebuah pintu bilik terbuka sedikit. Aisyah tersenyum. Dia yakin Awa ada di dalam bilik itu. Lalu, pintu bilik itu ditolak perlahan-lahan.

“Awa?” panggilnya lagi. Suasana kelam menyebabkan Aisyah memetik suis lampu. Dan, sebaik lampu terpasang, dia bukan sahaja menemukan Awa yang sedang menyorok di belakang sofa namun dia juga terpandangkan gambar-gambar Alif Fizwan di merata-rata di dalam bilik itu. Dalam rasa terkejut, Aisyah merenungi satu persatu gambar-gambar itu. Ya, dia memang tidak salah. Dia tidak silap memandang. Lelaki dalam gambar itu ialah Alif Fizwan bin Sharifudin.

Aisyah memerhati ke sekitaran. Dia menggaru-garu kulit kepala. Dahinya berkerut-kerut. Setelah memahami, dia lantas menarik tangan Awa untuk turun ke bawah. Dia perlukan penjelasan. Dalam hati, rasa terkilan. Patutlah dia tidak dibenarkan naik ke tingkat 3 ini... rupa-rupanya ada rahsia tersembunyi. Patutlah dia tidak dibenarkan rapat dengan orang gaji yang lain, ada sesuatu yang bimbang akan dibocorkan. Arghh geramnya! Bencinya!

Kebetulan pula, ketika dia turun, Alif melangkah memasuki rumah. Dia terus mendukung Awa dan meletakkan anak kecil itu duduk di atas kerusi. Dia kemudian terus mendepani Alif.

“Awak cakap betul-betul dengan saya. Kenapa awak bohong? Jangan awak nak buat-buat bodoh. Saya dah tahu siapa awak. Tadi, saya dah masuk dalam bilik awak. Saya dah nampak gambar-gambar awak. Cepat cakap! Kenapa awak buat semua ni?” soalnya sambil mendongak kerana Alif jauh lebih tinggi daripadanya.

“Alah, yang awak naik ke atas tu buat apa? Tak syoklah awak tahu cara macam ni.” Balas Alif tanpa sedikitpun rasa bersalah.

“Syok? Apa syok-syok? Tipu orang kan berdosa? Awak suka pulak, ya?” marah Aisyah. Dia geram melihat gelagat Alif yang selamba.

“Saya suka sebab awak dah tahu siapa saya jadi tak adalah saya perlu nak sorok-sorok balik ke sini dah.” Alif diam untuk melihat reaksi Aisyah. Bila gadis itu masih saja merenunginya, dia menyambung, “Syah, saya bohong awak tu bersebab tau.”

Dia menarik tangan Aisyah untuk duduk di sofa. Dia sendiri mengangkat tubuh Awa untuk diletakkan di atas ribaannya. Selepas dia mencium pipi Awa, Alif menyuruh si cilik memanggil datuk dan neneknya. Menyuruhnya memanggil mereka turun untuk mereka berbual-bual bersama-sama.

“Syah, sebaik saya nampak muka awak di fb, saya terus pergi ke Teluk Intan. Saya pergi ke kilang nak cari Hamimah tapi berwajah Aisyah. Memang siapapun tak kenallah, kan? Saya jadi pelik. So, saya pun tunggu gadis bernama Hamimah Hamid. Masa nampak dia, saya nampak awak. Jadi, saya tahulah yang Mimi guna wajah awak dalam fb dia.” cerita Alif panjang lebar.

“Habis tu, kenapa masa makan malam tu, awak tak cakap apa-apa pun?”

“Saya nak tengok lakonan awak. Tapi, awak pulak terus mengaku yang awak bukan Mimi. Saya ingat... saya ingat awak mengaku sebab awak tak mahu berkawan dengan budak dispatch.” Alif mengaku.

Aisyah semakin geram. “Lepas tu awak kawan dengan Mimi. Kata Mimi, awak dengan dia bercinta. Yang saya tak faham, kenapa awak cari saya pulak.” Soalnya.

“Tak ada bilanya kami bercinta. Dia tak sudi kawan dengan saya yang miskin ni.” Alif memberitahu.

“Iya? Habis tu kenapa dia cakap awak dengan dia sedang berasmaradana pulak?” Aisyah masih tidak dapat memahami.

“Buat apa nak fikir tentang dia, Syah? Dia tipu awak aje, sengaja nak tunjuk yang dia ada pakwe sedangkan awak masa tu berkurung dalam rumah. Tu aje. Toksahlah beria-ia fikirkan tentang kawan awak tu. Sekarang ni, saya nak tanya awak. Awak suka tak tinggal di sini?” tanya Alif dengan wajah yang serius.

“Suka. Mak dengan ayah awak baik malah semua orang baik dengan saya. Tentulah saya suka tinggal dan bekerja di sini.” Balas Aisyah penuh naif.

Alif menepuk dahi. Ni, bukan setakat gagal English, BM pun tak tentu lulus, kutuknya dalam hati. Tapi, apa hendak dibuat, kan? Dah hati sangat berkenan.... redalah menerima Aisyah seadanya.....

“Aisyah, anak saya tanya, sama ada awak sudi kahwin dengan dia ataupun tidak. Dia memang dah lama tahu yang awak suka bekerja dengan saya. Kalau tidak, dah lama awak mintak berhenti kerja, betul tak?” Puan Hanum mencelah. Geli hati melihat Aisyah yang masih tidak dapat menangkap hajat tersirat di sebalik ungkapan lamaran.

“Awak nak kahwin dengan saya, Alif?” tanya Aisyah setelah memahami kata-kata Puan Hanum.

“Awak? Awak sudi kahwin dengan saya?” soal Alif sambil mengukir senyuman manisnya.

“Malu arr nak jawab!” balas Aisyah sambil tersipu-sipu menyebabkan semua orang ketawa.
.............................

Begitulah kisah cintaku dimukabuku. Dah selalu sangat aku buat cerita yang penuh saspen, suka duka, air mata, bahagia, tangis, maka kali ini aku mengubah stail sikit. Tidak ada ketegangan perasaan.... hanya gembira dan bahagia gadis bernama Aisyah yang menjadi pilihan Alif Fizwan setelah jatuh cinta hanya melihat gambar gadis itu di fb. Tapi awas, ini hanya sebuah kisah. Realiti tidak selalu indah. Jangan terpedaya janji manis bak gula. Di luar sana, yang beristeri mengaku bujang. Yang bersuami mengaku dara. Yang tua mengaku muda. Demi nafsu, segala direlakan. Tuhan beri kita akal, gunakanlah. Tuhan beri kita nafsu, berwaspadalah....

Ulasan

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…