Langkau ke kandungan utama

cintaku dimukabuku 7

7
Sejak hampir dua bulan menetap di rumah Encik Syarif dan Puan Hanum, hanya sekali dua sahaja Alif datang menjenguk bertanya khabar. Itupun sekejap sahaja. Lelaki itu seolah-olah terlalu sibuk dengan tugasnya.

Aisyah tidak pula bertanya. Dia pun tahu bahawa lelaki itu punya tanggungjawabnya sendiri. Punya keluarganya untuk ditanggung. Kalau asyik curi tulang dan datang ke rumah agam ini, bila pula masa lelaki itu bekerja?

Layanan yang diberi oleh majikan terhadapnya memang baik. Kadang-kadang Aisyah rasakan ia terlalu baik! Seolah-olah dia pekerja yang lebih istimewa daripada yang lain-lain malah dirinya memang tidak digalakkan bergaul dengan orang gaji lain terutama pekerja Indonesia, si Inah. Dengan Mak Esah, si tukang masak itupun dia tidak dibenarkan dekat. Dia pernah dimarahi oleh Puan Hanum bila satu hari dia membantu Inah menyusun pokok bunga di halaman.

Rupa-rupanya, apabila marah, suara Puan Hanum bagaikan halilintar. Memang menakutkan.

“Kerja awak jaga Awa. Saya gajikan awak untuk jaga Awa, awak faham tak ni, Aisyah?”

Kecut perut Aisyah. Itulah sekali sahaja yang dia berani ingkar. Lepas tu, tidak lagi. Mungkin kerana dah akrab sangat dengan si Norazwa, Awa kini dah agak lancar berbahasa Melayu. Mereka sudah boleh berkomunikasi tanpa dahi Aisyah berkerut lagi.

“Esok, Awa pergi sekolah tadika. Tadika ni sekolah untuk budak kecil sebelum dia masuk sekolah....”

“Budak besar?”

Aisyah tergelak lalu memicit hidung si Awa. “Tu sebab menyampuk apa kak Syah cakap.” Melihat Awa turut mengekeh ketawa, hatinya senang. Wajah yang semakin berisi itu sentiasa berseri kini. Awa bukan lagi anak kecil yang murung seperti dua bulan lalu. Dia sudah boleh ketawa dan tersenyum.

“Awa mesti belajar pandai-pandai, tau. Jadi macam datuk Awa, seorang bekas akauntan yang berjaya. Macam nenek, bekas timbalan pengarah di sebuah jabatan kerajaan dan macam mummy, seorang arkitek landskap. Jangan jadi macam kak Syah, seorang pengasuh aje.....”

“But...”

Aisyah menjegilkan mata. Awa pula menyedari kesilapannya.

“Tapi, Awa suka kak Syah. Kak Syah sayang Awa.” Bisiknya sambil memeluk tubuh Aisyah.

Aisyah turut membalas dengan memeluk tubuh Awa erat-erat. Tubuh kecil itu dielus-elus penuh kasih sayang.

“Semua orang sayangkan Awa. Datuk, nenek, mummy...semua!”

“Mummy tak...”

“Aisyah bertinggung di hadapan anak kecil itu. Saat ini, dia perlu membetulkan persepsi si kecil. “Mummy sangat sayang pada Awa. Masa ni dia sibuk sikit sebab dia nak bina hidup dia bagi stabil. Bila hidup dia dah okey, baru dia boleh jaga Awa dengan baik. Awa tak boleh marah mummy, tau.”

“But I miss her. I miss her sooo much.” Rengek si kecil, menjadikan dakapan Aisyah kepadanya semakin rapat. Sungguh sedih memikirkan nasib anak yang ibu dan ayahnya bercerai ini. Kerana marahkan suami yang masih bersisa, Azra nekad menjauhkan dirinya daripada anak yang tidak berdosa. Sudah puas Puan Hanum memarahi namun Azra tetap tidak mengendahkan nasihat si ibu. Dia tetap tidak pedulikan Awa.

“Sayapun dah tak tahu nak cakap apa dah dengan dak Azra ni. Dia kahwin dengan mat saleh di London dulupun tanpa izin kami. Suami saya terpaksa bergegas ke sana untuk mewalikan dia. Azra tak pernah balik ke sini selepas kahwin. Dia berceraipun, kami tak tahu. Hanya bila adik dia pergi cari dia kat sana baru kami sedar yang dia sengaja sembunyikan diri dari kami sebab tak mahu kami tahu perangai suami dia yang suka memukul dan mendera dirinya. Nasib baik anak bongsu saya jumpa dia dan bawa mereka balik ke sini. Kalau tidak...entahlah! dah macam orang merempat, macam tak ada keluarga si Azra tu!” cerita Puan Hanum kepada Aisyah.

Aisyah hanya mendengar. Baru dia tahu yang rupa-rupanya Puan Hanum ada dua orang anak. Azra dan seorang adik lelaki. Tapi, siapa? Dia rasa, seingatnya, anak bongsu Puan Hanum tidak pernah ditemui.

“Cuba awak bayangkan, Syah... 6 tahun umur cucu saya tapi saya tak tahu. 6 tahun cucu saya hidup macam orang asing kat luar sana. Siapapun tak dikenalinya. Geram betul!” rungut Puan Hanum lagi.

“Susah-susah nanti, Syah, bila awak kahwin dengan Alif, awak jadikan Awa anak angkat awak, ya. Biar padan muka si Azra tu. Boleh?”

Merah padam wajah Aisyah bila Puan Hanum mengaitkan dirinya dengan Alif. Kalau Alif dengar, malu!

“Alif tu dah ada makwe, puan. Nama makwe dia Mimi. Mimi tu kawan baik saya, sama kerja dengan saya kat kilang dulu.” Aisyah cuba menjelaskan perkara sebenar.

Puan Hanum kelihatan tertarik mendengar perkhabaran itu. Dia meminta Aisyah menceritakan bagaimana Alif boleh bercinta dengan Mimi. Aisyah pun apa lagi, terus sahaja memberitahu semuanya termasuklah kisah dia menyamar tempoh hari.

“Oh, macam tu! Awak rasa, diorang masih berhubung lagi?” tanya Puan Hanum.

Aisyah mengerutkan dahi. “Entah-entah dah kahwin kot. Sebab, Mimi dah tukar nombor telefon dia, puan. Dah berhenti kerja gamaknya untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.” 
Balasnya.

Puan Hanum ketawa. “Aisyah, Aisyah. Kalau Alif tu nak kahwin, tentu dia jemput saya. Dia kan....... kerja dengan suami saya? Mestilah kami dah lama tahu.” Tukasnya.

Ya tak ya juga, fikir Aisyah. Tapi, kenapa pula tak jadi? Mimi cakap Alif tu kekasihnya. Takkan dah putus cinta pulak?

“Saya tahu, Alif sukakan kamu, Syah.” Kata Puan Hanum sambil merenung cucunya yang manja dalam pelukan Aisyah.     

“Hisy.... mana ada puan. Tak adalah!”

Puan Hanum hanya tertawa melihat kegugupan Aisyah. Dia tidak meneruskan kata-kata. Hanya tertawa dan terus tertawa. 

Ulasan

  1. ntah2...alif tu anak pn hanum...
    alif memang ada perasaan dekat aisyah kut...
    saja dia nak test aisyah...tu sebab dia suruh aisyah jadi pengasuh kat rumah pn hanum..
    akak nak n3 lagi

    BalasPadam
  2. Selmat pagiii . wah bestnya bangun pagi2 dah boleh baca entry baru . hihi . Alif tu anak Puan Hanum kan .

    BalasPadam
  3. @seed169
    hehe...pandai-pandai aje awak ni ya?

    BalasPadam
  4. hahaha besh la citr ni hehe...
    kak ni novel ke cerpen panjang???

    BalasPadam
  5. hahahaha masak si syah kena kelentong ngn sume.. memang lurus mcm bendul la dia..

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…