Follow Us @soratemplates

14.2.11

cintaku berkubur, harapanku hancur, duitku lebuh!!

macam-macam cara digunakan untuk memikat perempuan. eh, bukan perempuan saja, sori... memikat lelaki pun!!

kalau lelaki nak pikat perempuan kat internet, macam mana caranya?

hmm, mudah aje... tanya sihat ke. baik ke... puji sikit gambar kat facebook tu...

bila perempuan tu cakap,
eh takdelaaa...mana cantik? 
maka..jawablah,
janganlah merendah diri! pada I, you ni cantikk cangat! 
buat ayat manja-manja sikit. hmm, lentok habisss...

yang perempuan pulak kalau nak pikat lelaki, apa susahh... pi tayang bonjol kat dada tu sampai nak terkeluar, huh, ramailah yang akan mengusharrr.... bubuh pulak nombor handfon, fullamak.... tak akan berhenti berdering punya!

bila dah masuk jerat, apa jadi? mesti nak jumpa, kan? terutama kalau minah tu ada rupa-rupa minah saleh sikit. wow...tak sabar.

janjilahhh.....

hari yang ditunggu pun tiba dan minah tu sampai di airport KLIA. tiba-tiba....
hi, i kena tahan oleh imigresyen sebab i ada bawak benda berharga. i x boleh keluar unless ada orang bayar RM5000 paling sikit. 
kesian punya pasal, sayang punyal hal, bayarlah... tapi bila dah masukkan duit dalam akaun si dia, tunggu punya tunggu panggilan dan ucapan terima kasih, habuk pun tarak??

mmm...tamatlah kisah cinta anda. si dia lari entah ke mana, membisu tanpa kata. terkapailah sendirian, menangis tanpa henti.

tapi jangan sedih okey... sindiket penipuan cinta ini sudahpun berjaya polis tumpaskan dan mereka yang terlibat sudah ditangkap. baca sini.....

sofi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.