Christina Aguilera

CHRISTINA AGUILERA telah tersalah lirik 
sewaktu menyanyikan lagu kebangsaan Amerika Syarikat.


CHRISTINA AGUILERA akhirnya meminta maaf selepas tersalah menyanyikan bait lagu kebangsaan Amerika Syarikat, The Star Spangled Banner sewaktu membuat persembahan di perlawanan Super Bowl baru-baru ini.

Walaupun hal tersebut memalukan dan Christina mendapat kecaman yang cukup hebat daripada pelbagai pihak, namun dia tidak kisah untuk mengaku kesilapannya dan meminta maaf secara terbuka. 

Ya, itu memang memalukan. Tapi setidak-tidaknya, Christina berbesar hati mengakui kesalahannya.

Saat menyanyikan lagu The Star Spangled Banner, seharusnya pada bait keempat liriknya adalah: 
O'er the ramparts we watched, were so gallantly streaming.
Namun oleh kerana penyanyi tersebut hanya melihat lirik tersebut di Wikipedia, maka dia telah tersalah menyanyikan bait tersebut yang berbunyi: 
What so proudly we watched at the twilight's last gleaming.
Antara petikan permohonan maafnya, Christina berkata: 
"Saya berharap agar semua orang faham dan tahu tentang kecintaan saya terhadap negara dan semangat yang saya dapat sewaktu menyanyikan lagu kebangsaan tersebut."
itu christina aguilera dengan lagu negara amerika. tapi kita di sini? apakah anak-anak muda kita tahu dan menghayati lagu NEGARAKU? 

bagi cikgu-cikgu.... anda perhatikan semasa perhimpunan, adakah semua anak-anak sekolah kita menyanyi dengan penuh perasaan cintakan negara? ataukah buka mulut pun tak mahu? negaraku hanya menjadi dendangan dalam audio yang terpasang. andai audio itu rosak, bagaimanakah keadaan suara anak-anak murid anda? haaa..... sakit telinga dengar, kan? 

salah siapa tu? 

sofi. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

Yang Terakhir: Versi Cerpen

Inikah Cinta? : Versi Cerpen