Follow Us @soratemplates

7.2.11

Cerita cinta di hari Valentine

meraikan hari kekasih bukan lagi sesuatu yang pelik. katalah apapun, pasangan muda sekarang tetap meraikannya, biarpun di dalam blog-blog yang islamik sering 'memarahi' dan menyindir golongan yang mengagung-agungkan si valentine ini. 

soalnya, apakah benar mereka terikut-ikut atau hanya suka-suka? atau semuanya berlaku tanpa sedar? 

bagi pasangan muda ini, mereka berjanji untuk bertemu selepas kerja seperti biasa. cuma, kerana hari itu 14.2......, maka si gadis memakai baju baru yang sedikit seksi dan penampilan sedikit berbeza. 

uda menempah sebuah restoran mewah untuk mereka menjamu selera. orang yang sedang bercinta, begitulah, sanggup berhabis duit ........ 

malam itu, masa makan, uda melamar dara. wow... menitis air mata gembira si dara bila uda menyarungkan cincin di jari manisnya. 

kerana malam masih muda, mereka buat keputusan untuk ke taman rekreasi pula. jalan berpegang tangan sambil sesekali si uda membawa jemari dara ke bibirnya. mmm, romantis betul, kan?

dara mengangguk bila uda ajak duduk di suatu bangku yang hanya disimbahi cahaya bulan. di situ, drama 'tangan bergerak' pun berlaku. 

cinta > ghairah > nafsu...akhirnya lesu..... 

kerana mereka dicekup oleh pegawai pencegah maksiat. aduii......  

rupa-rupanya, di malam 14.2....., pihak pegawai pencegah maksiat JAWI sudah menjangkakan perkara sebegini akan berlaku dan mereka perlu membanterasnya. 

alhamdulillah!! 

nasib baik, uda dan dara tadi memang benar-benar cinta. tercalar maruah kerana nafsu di malam valentine namun mereka akhirnya bernikah juga.
  
itu secebis kisah benar. harap, bagi mereka yang sedang bercinta dan merancang nak dating pada hari valentine pada kali ini, fikir-fikirkanlah... 
apakah anda perlu menyambutnya?
sofi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.