apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

7.2.11

cantiknya isteri jiranku...huhu..


Keharmonian hidup berjiran sangat dititikberatkan dalam Islam. Allah berfirman yang bermaksud: 
"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa juga; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, jiran tetangga dekat, jiran tetangga jauh, rakan sejawat, orang musafir yang terlantar, dan hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang sombong takbur dan membanggakan diri."  
(Surah an-Nisa', ayat 36) 
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 
Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada jiran tetangganya. 
 (Hadis riwayat al-Bukhari). 


malangnya, apa yang disuruh oleh agama tidak dibuat oleh kita hari ini. yang tak kenal jiranpun ada. yang tak suka jiranpun ada. yang suka kelahi dengan jiranpun ada. macam apa yang berlaku di taman dagang, ampang. 


seorang lelaki dan anaknya menuduh jirannya cuba mengorat isteri dia. isteri dia cantik macam lisa surihani, kot... jadi, hati dia terbakar aje bila nampak jiran dia ni. macam-macam dia buat. dia maki, dia kutuk, dia suruh anak-anak dan kawan-kawan anak dia buat hal depan rumah jiran dia tu. iyalah.... dah benci sesangat, asyik nak gaduh ajelah....


tapi, sampai bilalah si jiran tu boleh tahan, kan? bila dia pun naik angin, dah geram, dia telefon polis. iyalah, siapa tak risau bila dapat jiran menggila-gila sampai tendang habis motosikal? uwaaa..... puas hati! 


semoga polis boleh mendamaikan mereka.


anda dengan jiran anda macam mana pulak? janganlah ada yang memusuhi jiran, ya! tak baik tu!


kisah penuh di sini


sofi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.