Langkau ke kandungan utama

boyfriend anda 'player' ke?

siapakah teman lelaki anda? apakah anda kenal dia? kenal? jadi anda tahulah sama ada dia tu baik, nakal, playboy, womanizer ke?  wow! hebat anda...

kalau ada antara anda yang tak kenal lagi, sini ada beberapa petunjuk tentang sikap lelaki yang kita namakan womanizer... 'player' istilah sekarang. perhatikan.... mungkin teman lelaki anda begitu. kalau betul, siaplah untuk lari jauh-jauh, okey!

1. dia ada ramai kenalan perempuan tapi bukan kawan

2. dia susah nak tengok perempuan dari sudut lain kecuali sudut seksualiti perempuan tu aje. dalam kata lain, istilah kawan dengan dia.... kawan untuk 'gitu-gitu'. ada faham?

3. dia janjikan segala-gala. cakap aje anda nak apa, mesti dapat. hati-hati.. inilah sifatnya yang paling ketara.

4. lelaki yang ikhlas tidak akan tergesa-gesa dalam perhubungan tapi 'player' atau womanizer fuuhhh... takkan fikir dua kali menjanjikan anda masa depan bersama. dia tahu apa yang anda suka dengar dan hendak dengar. rumahtangga idaman, anak yang comel, kereta mewah, rumah selesa...semuanya...! anda terjebak dalam janji manisnya? owhhh kasihan! bayangkanlah apa terjadi sekiranya dia nekad meninggalkan anda. anda akan menggigit jari...

5. dia akan banyak bertanya. dan setiap jawapan anda akan dijawabnya...
iya ke? i pun tak suka tu jugak! 
memang... sayang, tak sangka, minat kita sama, baby...
laa, kenapa x cakap. i pun! i suuuuka sangat tengok..bla bla bla...
kalau anda percaya, tu maknanya, anda 'mengong!' jangan jadi bodoh, okey! tu semua hanya lakonan semata-mata!

6. dia akan menyebabkan anda fikirkan perkara-perkara lucah. setiap bicaranya akan menjurus ke arah seks. tak usah lama, 2, 3 kali aje... kurang dan nipis iman... tersungkurlah anda di lautan yang anda anggap madu padahal sebenarnya racun semata. 

7. bila 'dating'  ke mana anda dibawa? kat KFC? Mc D? atau bar? bar tu pulak di dalam hotel 5 bintang. mmm, cepat-cepat lari, dik.. kalau itu yang buah hati pengarang jantung anda buat, ya. 

8. biasanya kasanova ni lelaki yang sangat ego, menunjuk-nunjuk, terlalu konfiden dengan dirinya. anda boleh kenal punya!

9. telefon dia berbunyi tapi dia x angkat. bunyi lagi, biar lagi. atau... bila dapat call aje, dia pergi jauh-jauh dari anda. hehe.. tu dia tengah rancang nak date dengan girl lain tu!

10. yang ni paling teruk. dia lupa nama anda. masih nak jadikan pakwe bila nama anda pun dia tak ingat? hey, jangan ingat dia dah jatuh cinta berguling-guling dengan anda bila dia panggil anda, sayang, sweetie, babe, manja, intan, hehe... tu semua helah dia dalam usaha nak ingat nama anda semula. 

11. baru jumpa dah puji melambung-lambung. bahayalah tu! memang syok kena puji, kan... tapi tanyalah diri anda begini... dengan siapakah lagi dia menggula-gulakan kata? begini, pasti anda akan berhati-hati. 

12. katalah anda sudah terjerat, terjebak dalam cinta terlarang, telah berdosa.... percayalah, sebaik habis madu, sepah pasti dibuang. itulah sikap seorang kasanova. selamat tinggal juliet!

13. selalunyalah kan, womanizer ni kaya-kaya orangnya. kekayaan itulah yang mengaburi mata anda. dia tak kisah keluar duit asalkan dia dapat anda sebagai teman tidurnya. 

seorang playboy @ kasanova @ player @ womanizer.... cuma minat pada yang satu tu aje... jadi... jaga diri, hiasi peribadi.

sofi

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…