apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

19.2.11

blog aku, cara aku...suka hati akulah...

kasar aje bunyi tajuk tu, kan? hmm...

anak aku pernah tanya...

kenapa mama x guna bahasa biasa dalam blog. seperti orang-orang muda berblog?

aku ternganga...

mungkin maksudnya begini... kenapa aku tak guna perkataan-perkataan ini, kut? uols, korang, kepala hotak ko, mak bapak tak ajar ke, s***... yg boleh didapati dan dibaca dalam sesetengah blog.

susah jugak nak jawab soalan ni, kan?

aku dah selesa begini. x reti nak guna bahasa mudah yang boleh memikat generasi muda, huhu...bagi aku, inilah gaya aku dan aku akan terus begini, rasanyalahh..

aku memang x berapa suka bila masuk ke blog dan baca tulisan 'mencarut'. tu mmg pantang aku. terus je tutup dan sumpah x akan masuk dah blog tu. blog yg berinformasi...walau santai bahasanya.. memang best. antaranya blog ben ashaari, anastasyea. blog cerita, e novel seperti gemersik bicara...... memang favourite. blog masak-masak... suka jugak terutama DTS. blog penuh lucu dengan gambar menarik seperti borak kosong, hmm....mesti hari-hari bukak. blog ugama... resepirahsiaku... satu kemestian..

apa yang aku perasan, dalam kesemua blog yang aku senaraikan tu, penggunaan bahasanya mudah aje. xde pun guna perkataan-perkataan 'tak elok'. hebatpun mereka!!

blog yg suka kutuk blogger lain? ntahlah... kenapa x suka? kenapa nak kutuk? malas nak fikir.

sebab itu kut aku x banyak follower hehe... asyik x nak masuk blogwalking rumah orang... apa kes? ini cara aku, bagi yang suka menjenguk luahan, thanx. bagi yang x suka...nak buat camne.... kan?

aku tetap aku...

sofi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.