apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

18.2.11

bila aku menutup mata...

hubungan akrab adik beradik akan jadi longgar bila ibu dan ayah memejamkan mata. itulah hakikat yang aku risau sangat bila aku dan suami sudah meninggal nanti. aku takut kakak lupakan adik dan adik tak peduli kakak mereka. kerana hakikatnya, ramai yang bawa haluan masing-masing setelah ketiadaan ayah dan ibu di masa ini.

apa yang perlu dibuat supaya rasa sayang antara mereka tak hilang? supaya, walaupun emak ayah dah tak ada, kakak tetap menjalankan tanggungjawab pada adik dan adik tetap menghormati kakak?

aku takut bila tengok perpecahan dalam satu keluarga terkenal ni. si adik yang dah lama hilang tiba-tiba muncul nak saman abangnya. ada bukti macam-macam untuk tunjukkan yang abang tu bukan seorang yang baik. makk... tak kesian pada ayah yang sudah mati ke? yang mengharapkan doa anak yang soleh tapi di atas muka bumi, anak bercakaran. takutnya!!! kesiannya!!

entahlah...
tiba-tiba terkenang...
dan hati jadi walang....

sofi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.