apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

6.2.11

B.E.N.C.I. 6

6
Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Inikah suratan dalam kehidupan
Atau sekadar satu kebetulan
Semua orang menanti dengan sabar. Menunggu penuh debar bila pintu bilik di hujung rumah itu akan terbuka. 

Ikhwan dan ibunya sudah duduk dengan beberapa orang jiran terdekat. Ismail tenang berbaju Melayu di sudut yang lain. Haji Basir sudah siap duduk menunggu. Di dalam hati, dia sudah merancang. Sebaik keputusan Marina diketahui, dia akan mengatur kenduri. Ala kadar sahaja kerana yang penting baginya, Marina menikah!

Marina melangkah keluar dengan berbaju kurung warna jingga. Dirasakan langkahnya kaku bila seluruh pandangan tertumpu padanya. Tangan maksu digenggam erat-erat.

Lama suasana bisu. Sepi. Haji Basir hanya memerhati dari satu wajah ke satu wajah yang lain. Ikhwan dilihatnya sedikit resah. Beberapa kali, anak muda itu dilihatnya mengelap peluh di dahi. Namun Ismail nampak konfiden. Tersenyum dan berbual dengan orang-orang di sekelilingnya dengan mesra dan ramah.

“Apa keputusan kamu, Marina?” kali ini suara Haji Basir tidak terlontar jauh. Perlahan dan lembut menujah telinga.

Ikhwan merenung seraut wajah itu dengan tenang. Air wajah tidak dapat diagak, apa mahunya. Dia kemudian menoleh merenung Haji Basir. “Boleh saya cakap sikit, pakcik?”

Azizah mencebik, menyampah.

Haji Basir mengangguk menyebabkan Ikhwan menghembus nafas kelegaan.

“Ina, jangan teragak-agak dalam buat keputusan. Percayalah, saya tak akan marah kalau awak pilih dia. Jauh sekali nak benci. Tak mungkin saya benci awak. B.E.N.C.I.? Hmm....”

“Saya pun nak cakap jugak, pakcik.” Ismail mencelah.

“Ya, ya... cakaplah, Ismail.” Balas Haji Basir.

“Ina, saya maksudkan apa yang saya cakap semalam. Saya cintakan awak. Saya sayang sangat-sangat pada awak. Awak sorang aje. Tak ada yang lain, awak faham, ya?”

Marina tidak menyahut. Tidak berkutik. Dia tunduk merenung lantai. Dia sudah membuat keputusan. Dia tidak mungkin berpaling daripada keputusan itu.

“Apa kata kamu Ina? Apa keputusan kamu?” giliran Haji Basir berkeras pula.

“Ayah, Ina.... Ina.... pilih Ikhwan, ayah. Kalau dia sudi terima Ina.”

Ikhwan terkejut, benar-benar terkejut. Walau harapannya mencecah awan namun rasa bimbang dirinya tidak dipilih gadis itu amat ketara. Tapi, ucapan Marina menyebabkan dia mengucap syukur ke hadrat Ilahi. Restu ibu terus diperoleh bila dia segera mengucup dahi ibunya dan merangkul tubuh ibunya erat-erat sambil melafazkan terima kasih kerana turut mendoakan kebahagiaannya.

"Selalu kita dengar orang cakap, kita hanya merancang, tapi Allah yang menentukan. Ismail, Is  boleh merancang, Is boleh buat dan cakap apa saja. Kalau Dia kat atas sana dah tentukan Ina bukan jodoh kamu, janganlah sedih. Kamu silap perhitungan sebenarnya, Is. Marina memang dah bersedia nak pilih kamu tapi perbuatan kamu pada dia buat dia berfikir semula. Selama ini, dia anggap kamu lelaki yang baik. Dia hormat kamu tapi kamu sendiri yang buang rasa hormat tu. Dan, Ikhwan. Sekalipun kamu cemarkan nama baik Ina sekarang kat depan semua orang, dia tetap akan terima Ina, maksu amat yakin tentang itu. Is, cinta ialah pengorbanan. Hati kita menangis bila dia bahagia. Itu cinta. Bukan nafsu. Bukan simpati. Kamu faham?”

Ismail mengeluh, menyalahi diri. Ya, dia sudah faham. Tentu saja, dia faham. Dia yang menyebabkan Ina berpaling. Salah dia! Bukan salah sesiapa...

Azizah tidak mampu hendak membantah pilihan Marina. Dia sudah dinasihati oleh Haji Basir untuk menerima sahaja apa jua keputusan anak mereka. Biarlah, senang atau susah hidup Marina nanti, bukan lagi perlu dia mengambil tahu. Hati mengatakan Marina bodoh tetapi tidak tergamak pula hendak bersuara begitu di hadapan anaknya. Ya, pandai-pandailah Marina menentukan jalan masa depannya bersama Ikhwan nanti....

6 ulasan:

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.