Follow Us @soratemplates

6.2.11

B.E.N.C.I. 5

5
Mak Kiah memerhati anak bujangnya sedari tadi kegelisahan. Puas duduk di bangku rotan, berpindah berdiri di tepi tingkap. Dari tingkap, pandangan dilempar jauh ke gelap malam. Nampak benar susah hatinya.

Ikhwan anak tunggalnya. Sewaktu kecil, sememangnya nakal. Kenakalannya kadang-kadang boleh membuat orang marah. Contoh mudah tentulah Azizah. Sememangnya, sikap Azizah yang suka marah-marah itu sering membuat anak-anak suka mengganggu dan mengusiknya dulu. Termasuklah Ikhwan. Kadang-kadang usikan itu agak keterlaluan sehingga Azizah tidak boleh tahan. Tetapi semakin dimarah, semakin galak dirinya dijadikan mainan.....

Kerana nakal itulah, sering saja Ikhwan menjadi orang pertama untuk dituduh jika berlaku kecurian di dalam kampung terutama jika melibatkan Azizah. Tanpa usul periksa, anaknya pasti menjadi mangsa. Kemuncaknya ialah peristiwa 12 tahun dulu itu. Azizah tega meletakkan kesalahan atas Ikhwan meski tanpa apa-apa bukti.

Demi kebaikan anaknya, Mak Kiah rela menerima nasihat Tok Penghulu supaya Ikhwan dihantar ke sekolah budak jahat di Melaka. Hatinya luluh, tak seorangpun tahu. Ikhwan pula benar-benar tersinggung dan malu. Walaupun tidak lama lepas tu, si Marina datang memberitahu perkara sebenar kepadanya dan pencuri sebenar sudah diketahui, Ikhwan tetap enggan pulang. Mak Kiah menanggung rindu sendirian.

Resah memikirkan Ikhwan. Sebagai ibu, Mak Kiah tidak faham mengapa Ikhwan mahu lagi kepada Marina. Entah apa yang ada pada gadis itu. Argh, memang tak faham dia dengan hati orang muda. Yang banyak di depan mata buat tak kisah, yang ‘bunga terlarang’ itu jadi rebutan.
......................

“Awak tak boleh pilih dia, Ina. Dia dibenci keluarga awak. Awak tak akan bahagia kalau kahwin tanpa restu.”

Marina merenung wajah Ismail dalam-dalam. Ismail ada ‘point’ di situ. Kahwin tanpa restu hanya akan mengundang sedih dan derita. Dia pun tahu tentang itu. Tapi, Ismail tak pernah masuk dalam senarai lelaki idamannya. Memang Ismail cintakan dia, tapi dia tak ada rasa itu untuk Ismail. Bolehkah mereka bahagia selepas berkahwin nanti?

“Saya mampu bahagiakan awak. I’m your better choice..” bisikan  halus penuh romantis di telinga membuat Marina tersentak. Entah bila Ismail merapatkan jarak di antara mereka yang sedang duduk di atas pangkin, di bawah pokok ketapang di depan rumah separa batu itu. Entah kenapa Ismail tiba-tiba bagaikan dirasuk terus merangkul tubuh Marina dan menggomoli gadis itu. Semakin Marina meronta, semakin kuat cengkamannya. Bibir gadis itu disambar rakus. Tubuh gadis itu didakap dan ditarik rapat ke dirinya. Dia seolah-olah ingin memiliki.

Marina menangis lalu menolak Ismail sekuat hati. Dia benar-benar tidak menyangka Ismail sanggup buat begini kepada dirinya. Di hadapan rumahnya, dengan ayah yang terbaring lemah di atas. Sungguh! Dia tidak menyangka...

“Awak hak saya, Ina. Esok, awak akan pilih saya. Kalau tidak, saya akan beritahu pada semua, apa yang kita dah buat ini. Saya tahu, awak tak nak malukan keluarga awak lagi, kan? Jadi, terimalah saya. Saya janji, saya akan jadi suami terbaik awak. Jauh lebih baik daripada Ikhwan awak tu.” 

Dengan kata-katanya, dengan ugutannya, Ismail memasuki rumah. Dia tidak tahu apakah ada orang yang melihat mereka tadi. Di dalam hati berharap, biarlah ada. Supaya, segala-galanya akan lancar esok. Supaya, kemenangan pasti miliknya.

Marina terduduk semula di atas pangkin. Dia masih keliru dengan perbuatan Ismail. Dia masih tidak percaya Ismail sanggup melakukan begitu hanya untuk memilikinya. Ismail yang selama ini amat dia hormati kerana tidak pernah berkeras dengannya tiba-tiba bertindak di luar batas nafsu hanya untuk memastikan........

Owhhh....wajah Ikhwan terbayang. Airmata mengalir deras bila terkenang kepadanya. Semakin laju bila janji dulu seakan-akan terngiang-ngiang di telinga....

“Benci? Wan bencikan Ina?”

Masih terdengar suara Ikhwan ketawa bahagia.

“Hmm, benci. B.E.N.C.I. Nak tahu apa maksudnya?”

Teringat bagaimana dia bersungguh-sungguh mengangguk.
Benar, aku benci padamu bila
Engkau jauhkan aku dari hidupmu
Namun kebencianku ini tidak akan lama kerana
Cintaku terhadapmu sepenuh hati ini, wahai....
Inaku........
B.E.N.C.I. sampai kini, tidak pernah dapat Marina melupakan. Tiap kali teringat, wajah Ikhwan yang tersenyum ketika menuturkannya, terbayang. Biar usia mereka terlalu muda kala itu, masing-masing tahu dalamnya rasa yang membakar hati. menghangatkan perhubungan. Biar masa memisahkan, namun cinta itu tidak pernah pudar.

Tapi.... mudahnya Ismail membina pusara cintanya....owhhhh

Dan, Marina menangis dan terus menangis di sepanjang malam itu. 

2 ulasan:

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.