Langkau ke kandungan utama

B.E.N.C.I. 3

Laju-laju Marina mengatur langkah tanpa mempedulikan kiri kanan, depan dan belakang. Dia ingin segera mendapatkan keretanya. Dia ingin cepat pergi dari sini. Dia nak balik kampung. Ayahnya sedang terlantar di rumah. Panggilan daripada maksu tadi memaksa dia meminta cuti daripada bosnya.  

“Hey, dari tadi saya panggil awak, awak macam tak dengar aje. Menonong berjalan tak toleh kiri kanan. Ni apa hal ni?” seseorang menarik tubuhnya, memberhentikan langkah yang diatur. 

“Maaf, Is... Ina kena cepat. Ayah Ina sakit di kampung.” Cepat sahaja dia memberitahu kepada Ismail, pemuda yang baru sahaja menghalang langkahnya.  

“Pakcik sakit? Kenapa tak beritahu Is? Tak pe! Jom!” Ismail terus mengambil kunci di tangan Marina sambil menarik gadis itu ke bahagian tempat duduk di sebelah pemandu. Dia kemudian terus sahaja menjadi pemandu kepada gadis itu.  

Marina tidak mampu bersuara. Dibiarkan sahaja pemuda itu mengambil alih pemanduan. Dia tidak bertanya. Tidak juga peduli jika Ismail mahu menemani dirinya hingga ke Mempaga. Dia rela. Asalkan dia dapat balik dan menjenguk keadaan ayahnya. 

Maksu Timah sudah siap berkemas barang-barang keperluan mereka untuk digunakan di kampung nanti. Di tengah jalan, mereka singgah di rumah Ismail. Lelaki itu ingin berkemas kain baju untuk dibawa ke sana. Maksu Timah tahu bahawa Ismail sangat mengambil berat keadaan Marina. Dia juga tahu bahawa lelaki itu menaruh hati kepada anak saudaranya. Tetapi, sampai kini, dia tidak dapat menebak hati Marina. Tidak tahu kenapa gadis itu asyik membiarkan Ismail bersama harapannya.  

“Kak long kamu tunggu laki dia balik dari Sabah, Ina. Dia suruh kita pergi dulu. Rosli, macam biasalah. Ada aje alasan, takut nak balik. Begitulah kalau orang dah buat salah. Tak berani nak jumpa sape-sape pun. Tengok macam Ikhwan. Relaks aje dia balik kampung walaupun macam-macam orang kutuk dia.” Mak su Timah melahirkan rasa tidak puas hati dengan perangai kakak dan abang Marina. Dia tidak perasan dahi si Ismail yang sudah berkerut. 

“Siapa Ikhwan tu, Ina? Awak ada abang nama Ikhwan ke?” soalnya ingin tahu.  

Marina ketawa kecil sambil menjeling manja ke  arah Maksu. Geram kerana maksu menimbulkan cerita tentang lelaki itu. Kini, terpaksa pula bercerita tentangnya kepada Ismail.  

“Saya mana ada abang lain, cuma abang Rosli aje. Ikhwan tu orang kampung kami.” Dia memberitahu.  

Ismail kelihatan tidak berpuas hati dengan penjelasan pendek itu. Dia dapat rasa yang Marina menyembunyikan sesuatu tentang Ikhwan. Hati mula berasa tidak sedap. Risau secara tiba-tiba. Dia tahu tanpa diberitahu oleh Marina bahawa lelaki itu ialah pesaingnya. 

Tidak sabar untuk melihat wajah itu. Bagaimanakah rupanya? Biasa-biasa aje kot? Hati disedapkan. 

Marina meluru masuk ke dalam rumah sebaik sampai. Melihat ayah yang sentiasa gagah sedang terbongkang di atas katil, dia terus menjadi lemah. Menitis air mata di pipi.  

“Ayah, kenapa boleh jadi macam gini? Mak... kenapa tak bawak ayah ke hospital?” tanya dia dalam suara dibaluti sendu.  

“Tak payah kamu nak menangis. Ayah belum nak mati lagi ni.” Masih garang namun suara itu hanya perlahan keluarnya kini. Sepasang mata tajam merenungi Marina. “Ayah tunggu kamu balik. Banyak ayah nak tanya kamu ni.” 

Marina duduk di sisi ayahnya, menanti apa sahaja yang ingin ditanya. Begitupun, dia cuba memujuk agar si ayah bertenang dan berehat. Namun Haji Basir sudah nekad. Dia perlu tahu. Dia perlu mencari kebenaran.  

“Siapa Ikhwan pada kamu, Ina?”  

Marina terpana mendengar pertanyaan ayahnya. Kelu terus lidah. Macam orang bisu sekejap. Tak mampu hendak bercakap.  

“Wan kata, masa ayah tangkap dia di taman dulu tu, kamu ada dengan dia. Dia kata, dia suruh kamu menyorok dalam gelung konkrit. Tapi, kenapa masa di rumah Tok penghulu Deraman, bila ayah tuduh dia, kamu tak cakap apa-apa? Kenapa kamu tak bela dia? Kenapa kamu biarkan ayah kata dia macam-macam? Kenapa, Ina?” tanya Haji Basir. Wajah anak bongsunya ditatap dalam-dalam. Dia keliru dengan sikap Marina. Kalaulah Marina berterus terang.... 

“Maafkan Ina, ayah. Masa tu, Ina takut sangat-sangat. Ayah tengah marah jadi Ina bimbang kalau ayah nampak Ina dengan Ikhwan, ayah jadi lagi baran. Sebab tu bila Wan suruh Ina menyorok, Ina ikut. Ina tak buka rahsia, Ina biarkan aje Wan kena sebab Ina risaukan keselamatan dia. Takut ayah pukul dia sebab bawa Ina ke taman malam-malam.”  

“Astaghfirullahil’azim... Ina... kamu tahu tak? Ayah malu sangat bila Ikhwan bukak cerita tentang kamu dengan dia. Mana ayah tahu apa yang kamu dah buat? Kenapa ayah mesti tahu cara macam ni?” 

“Tapi, ayah...sumpah! Kami kawan aje. Ina dengan Wan....” 

“Sudah! Ayah tak nak dengar. Cukuplah! Kamu pun sama macam Rosli jugak malah kamu lagi teruk. Kamu robekkan maruah ayah. Malu ayah dengan Ikhwan, dah satu hal. Malu sekampung pulak dah bila semua orang tahu tentang kamu berdua. Mana ayah nak letak muka ayah ni?” rintih Haji Basir dalam genang air mata di tubir yang bakal luruh. Sesungguhnya, kesedihan menghambat diri.  

“Tak ada apa yang pak haji nak sedih atau malu. Saya yang salah masa tu. Saya yang ajak Ina ke taman. Jadi, izinkan saya tebus balik kesilapan saya dulu. Izinkan saya jadikan Ina isteri saya, pakcik. Ya, di hadapan semua orang yang ada malam ini, saya ingin melamar Marina menjadi isteri saya.” 

Marina berpaling untuk melihat seraut wajah yang begitu lama hilang dari hidupnya. Wajah lelaki yang dulu merupakan cinta monyetnya. Wajah lelaki yang dulu amat dipuja ketika mereka remaja. Lelaki yang dahulu sikapnya gila-gila, kini membuat satu kenyataan gila.  

Arghh..... Ikhwan Zamir, kenapa dengan awak ni? 

Ulasan

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…