Langkau ke kandungan utama

Bapak yang pinjam, mengapa anak jadi mangsa?

MOHD ASRAF menunjukkan surat daripada MARA  yang menolak  permohonan pinjaman pelajarannya.
kezaliman badan korporat di negara ini semakin ketara. 

terbaru kisah seorang pelajar unikl yang menuntut di bidang mekanikal engineering. pelajar ini tidak dapat meneruskan pengajiannya dalam semester dua yang sepatutnya bermula 14 januari lepas. dia lulus dengan baik, dia dapat pointer 3.45 dalam sem satu lepas. 

dalam surat yang mara hantar kepadanya, dia diberitahu bahawa keputusan peperiksaannya digantung. ini kerana, bapa pelajar itu ada berhutang dengan mara dan telah disenaraihitamkan selaku peminjam pelajaran dan perniagaan. 

soalnya, adilkah apa yang mara buat ini? tidak kasihankah kepada anak yang pandai yang ingin meneruskan pelajaran? kenapa marahkan pijat, kelambu dibakar? kenapa harus bantutkan hasrat ingin belajar anak-anak ini? buatnya mereka ini putus asa dan pilih jalan negatif untuk meneruskan hidup, mara nak tanggung ke kesilapan mereka? tentu tidak, bukan? 

mara ialah majlis amanah rakyat... dah miskin sangatkah sehingga nasib anak melayu terpinggir? kalau bukan mara nak tolong orang melayu, siapa lagi? 

aku bukan apa... aku takut nanti, kemarahan si anak akan terpalit kepada bapanya. lalu anak yang tidak tahu menahu kenapa bapanya meminjam...... akan menuduh si bapa yang bukan-bukan. sudahnya jadi anak derhaka pulak! nauzubillah!

bertolak ansurlah mara. bapak yang pinjam duit kenapa anak yang jadi mangsa, ha? 

emo sikit! okey, rujuk sini jika nak tahu bebelanku sepenuhnya.

sofi. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…