apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

10.2.11

banjir, banjir juga. belajar... tu wajib!!

mula-mula aku nak ucap tahniah kepada mereka yang bergelar guru di daerah batu pahat, johor, yang begitu setia berkhidmat walaupun terpaksa bertugas dalam dewan serbaguna kerana banjir. tahniah, kawan-kawan!

dan, kepada anak-anak daripada 3 buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Dayong, SK Seri Pasir dan SK Sejati, yang masih menghadiri sesi pembelajaran seperti biasa dalam keadaan gembira dan ceria, tahniah juga, ya! meski kelas dalam ketidakselesaan, santai di lantai dewan, mereka tidak peduli. yang penting, belajar!

inilah semangat yang kita mahu. banjir itu rahmat, bukan beban. hmm....

Malah murid-murid tu kan, yang memakai pakaian harian aje, rela bersama-sama belajar di dalam kumpulan kecil. bagi mereka, ini mungkin lebih  menyeronokkan apatah lagi, ada cikgu2 dari sekolah-sekolah lain sama. tentulah gembira. 

Tinjauan mendapati pelajar yang menghadiri sesi persekolahan 'istimewa' berkenaan sedang berhenti rehat untuk minum pagi bersama guru mereka dengan dibekalkan air serta biskut yang diberi secara percuma kepada semua yang hadir.

Guru SK Seri Pasir, Mariati Salleh, ketika ditemui berkata sesi persekolahan 'istimewa' berkenaan sudah bermula sejak seminggu lalu dengan pelajar daripada ketiga-tiga sekolah dibahagikan kepada kumpulan kecil mengikut umur. 

“Walaupun waktu persekolahan biasa dikekalkan, aktiviti pembelajaran yang dijalankan lebih bersifat santai dan menyeronokkan dengan menekankan aspek komunikasi di dalam kumpulan apatah lagi semua mereka adalah mangsa banjir yang sudah tentu sedikit sebanyak terganggu dengan bencana yang dihadapi keluarga masing-masing," katanya. 

Murid Tahun Empat dari SK Seri Pasir, Izwan Helmi Mohd Nor, berkata walaupun belajar di dalam ruangan terbuka bersama rakan-rakan lain, beliau seronok kerana ditempatkan dalam kumpulan kecil bersama pelajar sekolah lain. 

“Walaupun rumah keluarga saya di Kampung Parit Bangas, Sri Medan ditenggelami air banjir sehingga paras pinggang, sekurang-kurangnya kami dapat belajar di sini dan berkongsi pengalaman bersama rakan lain," katanya. 

Malah, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi turut meluangkan masa melawat sesi persekolahan tiga sekolah berkenaan yang berpusat di dewan berkenaan berikutan pelajar dan guru tidak dapat pergi ke sekolah seperti biasa berikutan laluan ke situ yang masih ditenggelami air banjir. 

Mohd Puad berkata, semua pelajar yang hadir pada sesi pembelajaran membabitkan tiga sekolah diadakan di dewan berkenaan adalah mangsa banjir sekitar Sri Medan terutama yang ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Medan dan Sekolah Agama Sri Medan. 

“Kementerian mempunyai modul khas untuk pelajar bagi sesi pembelajaran terutama ketika musim bencana seperti ini supaya murid bukan saja mampu meneruskan sesi pembelajaran dengan selesa malah tidak dibebankan dengan pembelajaran biasa apatah lagi ada antaranya tidak lagi mempunyai buku teks, buku nota serta peralatan menulis berikutan rosak ditenggelami banjir. 

“Malah kementerian turut menghantar kaunselor ke sini bagi membantu guru menjalankan aktiviti pembelajaran mahupun membantu meredakan trauma yang mungkin dihadapi pelajar," katanya. 

sofi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.