apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

2.2.11

Bahan perosak hormon ada di sekitar kita

Tanpa disedari kita terdedah kepada ancaman agen perosak hormon. Kewujudan agen ini di dalam makanan, kosmetik, botol plastik, pembungkus makanan, racun serangga dan lain-lain menyebabkan kita tidak dapat lari daripada masalah kerosakan hormon. 

Kelenjar hormon sangat sensitif dan mudah rosak. Kesan daripada hormon yang rosak amat perlahan. 

Pada peringkat awal, anda akan berasa letih. anda ingat, mungkin anda letih sebab anda dah berumur. jadi anda abaikan saja rasa itu.   Bila kerosakan hormon menjadi serius maka badan jadi gemuk dan keletihan menjadi-jadi. anda diet ke, bersenam ke, dah tak guna dah!

Kerosakan metabolik turut menjejaskan rupa paras dan kulit. Kulit menjadi bertambah gelap dan kering. Pigmentasi mula kelihatan dan bagi lelaki rambut mula menjadi nipis. Sesetengahnya mula menjadi pelupa dan mudah stres. 

Hormon yang tidak cukup menjejaskan perasaan menjadikan seseorang mudah marah dan berasa tertekan.

Kerosakan sistem tubuh disebabkan agen perosak hormon sangat berleluasa. Ia boleh dijumpai di mana-mana macam yang dah ditulis tadi. 

Bayi di dalam kandungan mudah sekali terkena bahaya ini. Apabila lahir, bayi berkembang menjadi orang dewasa yang merosot fungsi hormon dalam tubuhnya.

ni, bahan yang merosakkan fungsi hormon:
- Nonylphenol  dalam bahan pencuci, racun serangga dan bahan plastik.
- Phthalates dalam bahan yang dicampur di dalam PVC (mainan kanak-kanak dan perabot)
- Dioxins PCB's (polychlorinated biphenyls) dalam bahan insulator.
- DDT (pembunuh jentik jentik)
- PBDEs (polybrominated diethyl ethers).
- Logam berat seperti plumbum cadmium.
- Plant oestrogens, meskipun merupakan bahan semulajadi dalam tumbuh-tumbuhan tetap merosakkan fungsi hormon.

Sememangnya amat sukar bagi kita mengelakkan daripada bahan-bahan ini sebab tu pengetahuan tentangnya amat penting. 

nak tau lebih lagi? baca sini.

sofi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.