Langkau ke kandungan utama

asma

Asma - sejenis penyakit kronik akibat radang pada saluran pernafasan. Asma menyebabkan seseorang itu susah bernafas, dada rasa ketat, batuk dan nafas berdehit.

kalau anak anda ada tanda asma seperti di atas, cepat bawa dia jumpa doktor. alah, sikit aje? jangan! asma memang macam tak apa-apa tapi asma yang tidak dirawat boleh membawa maut.

tanda-tanda asma:
- berbeza antara individu
- ada yang batuk waktu malam, 
- batuk kerana cuaca sejuk, 
- batuk ketika bermain, ketawa dan menangis, 
- mengalami kesukaran bernafas atau bernafas dengan laju dan nafas yang berdehit.
ibu bapa kena alert! mungkin masalah alergi boleh menjadi punca asma juga. 
- kata Dr. Azam Mohd. Nor 
Perunding Pediatrik di Hospital Pantai Kuala Lumpur.

Katanya lagi; 
seseorang itu boleh mengalami serangan asma ringan, sederhana dan teruk. Ia kadangkala boleh menyerang dengan kerap dan tiada pada tempoh yang lama.
faktor risiko asma:
- sejarah keluarga 
- terdedah kepada antigen seperti hama, habuk dan persekitaran berhabuk atau berasap.
“Kanak-kanak yang mempunyai ibu atau bapa menghidap asma, kebarangkalian mereka mewarisi penyakit tersebut ialah sebanyak 30 peratus. Bayi pramatang juga kadangkala menghidap asma kerana memiliki paru-paru tidak matang." 
yang ni sedikit lucu;
terlalu pembersih pun boleh jadi sebab kerana badan tidak dapat menahan bakteria walau sedikitpun sehingga badan tidak dapat membina imuniti.
faktor lain pencetus asma:
gangguan emosi seperti stres, sedih, takut, panik 
Mengawal serangan asma
rumah mesti.....
‘mesra asma’ (elak guna karpet)
- x bela binatang berbulu seperti kucing dan anjing

ingat!
“Seseorang yang menghidapi asma selama-lamanya mempunyai asma. Ia satu penyakit yang tidak boleh sembuh tetapi boleh dikawal. 
asma yang tidak dikawal dan dirawat boleh menyebabkan jangkitan pada paru-paru, pneumonia dan sistem pernafasan.

Bagi ibu yang baru melahirkan anak, pemberian susu ibu kepada bayi boleh membantu mencegah asma. 

jaga diet. makan banyak buah segar, sayur hijau, minyak ikan, minyak zaitun tulen, bawang putih dan bawang serta kurangkan pengambilan garam. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…