Langkau ke kandungan utama

Apa kata mereka?

aku petik apa yang diberitahu oleh mereka yang terselamat dan kini sudah selamat sampai ke tanah air. 

1. nur atikah ismail suhaimi, pelajar jurusan perubatan di Universiti Zargazig
Saya berasa seperti berada di Palestin, dengan bunyi senjata api hampir setiap hari. kehidupan sejak rusuhan bermula sungguh memeritkan terutama selepas semua komunikasi terputus dan bekalan makanan semakin kehabisan. kami rasa takut dan tidak selamat berada di sana dan kami nekad mahu pulang segera ke tanah air. Nasib baik, ibu bapa saya membeli tiket dari Malaysia untuk saya dan adik, Nur Aishah.
2. nur Aishah, 20
kami tergendala selama dua hari di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah tanpa bekalan makanan mencukupi. keselamatan tidak terjamin, tapi kami bersyukur akhirnya tiba di tanah air.
3. Siti Intan Shafinaz Fikri, 20, pelajar perubatan Universiti Zagazig. 
'tersadai' di lapangan terbang itu memeritkan terutamanya terpaksa berkongsi makanan dengan rakan lain selama tiga hari sementara menunggu penerbangan keluar dari negara itu. 
Keadaan di lapangan terbang agak teruk kerana orang terlalu ramai. Hanya pada hari kedua, pegawai kedutaan tiba untuk memberi makanan kepada kami seramai 120 orang termasuk pelajar di lapangan terbang tetapi itu pun tidak mencukupi. 
beliau nekad meninggalkan tempat tinggal untuk ke lapangan terbang walaupun keadaan agak berbahaya kerana tidak mahu lagi berada di negara itu. 

4. Siti Maisarah Zaini, 20, pelajar perubatan dari Akademi Perubatan Moscow itu tidak menyangka percutiannya ke Mesir bertukar menjadi tragedi. 
Keadaan di Mesir tegang, kami berdepan dengan perusuh dan tentera yang semuanya bersenjata. Kami nekad naik kereta api dari Kaherah ke Iskandariah untuk ke lapangan terbang dan sebaik tiba di sana keadaan menjadi tegang dan kami terpaksa dibawa oleh tentera ke asrama tentera sebelum ke lapangan terbang,. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…