apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

23.2.11

agaknya, malaysia ni makmur sangat, ya?

seorang wanita china memasuki negara ini dengan menggunakan pasport, elok aje bagaikan dia ialah pelancong yang ingin menikmati keindahan malaysia. namun , di sebalik topeng itu, dia sebenarnya masuk untuk bekerja di spa. 

nampaknya, malaysia ini tempat yang menjadi tumpuan untuk wanita luar mencari pekerjaan. kenapa? agaknya, malaysia ni makmur sangat, ya? 

yang lebih menarik, untuk mengelakkan diri ditahan ketika tempoh berada di negara ini melebihi had, maka mereka, yang muda-muda dan bergetah ni nekad mengahwini warga tempatan. malah merelakan diri berkahwin dengan lelaki sebaya ayah kandung yang ditinggalkan di negara china sana. semuanya diuruskan oleh sindiket....hmmm....

untuk mengaburi pihak jabatan pendaftaran, imigresen dan lain-lain jabatan kerajaan, mereka akan 'berlakon' di hadapan kamera dan persalinan 'kahwin' dalam senyum indah, seolah-olah saling menyintai tak hengat...huhu.....

apakah yang harus dilakukan kepada golongan ini?

tepuk dada tanya selera...

2 ulasan:

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.