apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

8.2.11

2 cerita tentang jalan

ada 2 cerita ingin aku kongsikan tentang jalan. bukan hantulah! hehe... hantu jugak kot... tapi hantu berkaki dua. 

cerita satu, kisah di lebuhraya kajang-seremban. dengarnya, setiap malam mulai 12.00 am hinggalah ke pukul 3 pagi, lorong kecemasan ini dipenuhi kereta-kereta mereka yang sedang.... 'gian'... is that the best word to use? hmm, x faham? alahh.. menurut yahoo, pasangan muda sering dilihat terlebih mesra pada waktu itu. entahlah istilah digunakan ialah 'smooch'. dah faham? 

RAHIM (kiri), Mohd Yatim (kanan) bersama ahli JKKK Kampung Tehel, Sahat Junos meninjau besi penghalang keselamatan  tertanggal akibat kehilangan skru dan besi pengapitnya.
cerita dua pula kisah hantu yang tak boleh tengok besi. mesti nak ambil dan jual untuk beli dadah. walaupun kehadiran besi penghadang di jalan itu amat penting bagi pengguna jalan raya. 

ni dalam berita harian pulak. siapa yang tuduh? orang kampung tu yang tuduh. diorang cakap, mat gian ambil besi tu dan jual. huhu...

tu lah dia. jalan raya ke lebuh raya ke... sering menjadi saksi kepada segala perbuatan tidak baik manusia. kalaulah dia boleh bercakap? bukan sikit rahsia akan terbongkar....

sofi

2 ulasan:

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.