Follow Us @soratemplates

18.1.11

TV3 DAN PENGACARANYA DAH KERING IDEA... MEMBESARKAN PAYUDARAPUN NAK DIJADIKAN ISU!!



gempaq! kan dah kena kecam? macamlah x ada idea atau isu yang lebih baik untuk dibincangkan oleh penerbit, pengacara dan para tetamunya. atau..... 

TV3 dah jatuh rating? tu yang cari publisiti murahan, kot?

KUALA LUMPUR – Segmen bertajuk Salahkah besarkan payu dara? yang disiarkan dalam program Wanita Hari Ini (WHI) terbitan TV3 pada pukul 12 tengah hari semalam mengundang reaksi kurang senang pelbagai pihak di negara ini.

Kosmo! semalam menerima banyak panggilan daripada penonton yang rata-rata melahirkan rasa kurang selesa dengan tajuk dan cara segmen bual bicara itu diadakan.

Tinjauan di laman peminat rasmi program WHI di Facebook juga mendapati ramai yang tidak bersetuju topik itu dibincangkan secara terbuka.

Paparan visual yang memfokuskan kepada bentuk payu dara model-model yang lengkap berpakaian dalam laporan segmen tersebut juga dianggap tidak sesuai kerana ia ditonton oleh segenap lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak.

Aksi nakal jurukamera TV3 yang didakwa sengaja memfokuskan kepada payu dara pengacara dan tetamu jemputan semasa segmen itu juga dikecam.

terbukalah sangat masyarakat malaysia ni? hmm, nak buat rancangan berbentuk begitu tapi bagi budak kecil pun terliur tengok segala gambar. apa kes? 

come onlah TV3, banyak lagi isu yang boleh mendekatkan TV3 dengan masyarakat. daripada bincangkan cara nak besarkan payudara, bukankah lebih baik tunjukkan gambar-gambar tragis 'kanser payudara'? mana lebih ilmiah? mana lebih membantu? mana lebih baik? 

inilah yang berlaku bila asyik nak cari untung tanpa pedulikan sensitiviti masyarakat. haisyyyy

rujukan: kosmo

sofi.

2 ulasan:

  1. lahh.. yeke?
    semalam xtgk la pulak. huhu.

    BalasPadam
  2. @Nadd
    hehe... x tahulah nak cakap apa

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.