Follow Us @soratemplates

26.1.11

tutup kaunter jam 9.30 pagi? cepatnya?

KUALA TERENGGANU – Pesakit yang ingin mendapat rawatan di unit pesakit luar Hospital Besut di Jerteh dekat sini kecewa apabila perkhidmatan kaunter pendaftaran di unit tersebut sering ditutup seawal pukul 9.30 pagi.

Penutupan kaunter tersebut menimbulkan kesulitan terutamanya warga emas yang datang dari jauh untuk mendapatkan rawatan.

Seorang pesakit, Aminah Rashid, 45, berkata, dia mendapati kaunter tersebut sentiasa ditutup tanpa mengira waktu, selain tiada penjelasan dibuat oleh pihak hospital mengenai tindakan tersebut.

“Berdasarkan memo yang dikeluarkan, kaunter ditutup pukul 9.30 pagi tetapi tidak dijelaskan penutupannya,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurut Aminah, pesakit yang datang selepas waktu tersebut untuk mendapatkan rawatan walaupun penyakit ringan diminta mendaftar ke unit kecemasan.

hmm....begitulah! amanah atau tidak? anda nilailah sendiri, ya!

sumber: kosmo
sofi

8 ulasan:

  1. mengapa tidak:)

    BalasPadam
  2. belajar banyak

    BalasPadam
  3. @Anonymous
    sbb waktu rehat pukul 10 dik... x taulah kot dah tukar masa jadi pukul 9.30 pulak

    BalasPadam
  4. @Anonymous
    maksud apa tu? x faham! belajar? ni artikel dar utusan, dong...

    BalasPadam
  5. ee....kesian kat mak cik tu...tak patut betul...patutnya utamakan pesakit la dulu...pentingkan diri sendiri tol...

    BalasPadam
  6. ish ish ish... bonus nak tp keja x nk... camne tuh?.. x berkat keja... kalau cam tu, buat report la... biar diaorg x dpt bonus... hahaha

    BalasPadam
  7. @CIK CIRA
    nak buat camne, kan...nasib makcik tu begitu...

    BalasPadam
  8. @alreinsy
    hehe... sbb x dpt bonus byk tu yg jadi malas sikit kot??

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.