apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

1.1.11

TIPS MENGGODA SUAMI


assalamualaikum dan selamat sejahtera



entri ni ialah sambungan entri sebelum ini. 


kelayuan dalam hubungan suami isteri janganalah dibiarkan dengan perkataan-perkataan seperti......
tak apa, it is okey, alah.....kami dah tua, dah! hisy, malulah!
pleaseeelaaa....

layu boleh berkembang semula, tau! cinta yang hilang boleh dipupuk perlahan-lahan. bajai cinta bersama nekadnya memiliki si dia hanya untuk diri kita sahaja....

no sharing-sharing, ya!

macam manakah caranya untuk meng'kembang'kan hubungan yang dah layu terkulai? macam manakah hendak direbut hati si dia yang nak tengok sebelah mata pun... alahaiii...

hehe...banyak cara untuk anda menggoda si dia, tau! yang penting, anda mesti berusaha. yang penting anda harus cekal, telus dan istiqamah... 


1. cuit-cuitlah si dia
jangan sebarang cuitlah, kan. bila nampak si dia sedang riang, hepi, masa tu bolehlah cuit pinggang dia ke, kaki ke, jari ke... dapat cuit di tempat yang sensitif dan buat si dia geli... lagi best. gelaknya, menandakan dia gembira dicuit tapi kalau dia marah...huhu...ada yang tak kena ke? hmm...

2. kenyitlah mata anda...
dulu-dulu kan anda pandai main mata? kuasa mata ni kan hebat? kalau tidak, takkan ada lagu begini....

dari kerana mata...
yang mempunyai kuasa...
owh, aku tergoda...
aku tergoda, terkecewa...
dari mata terbitnya asmara..
senyumanmu menikam di jiwa...
kenangan mesra menjelma segera...
aku tertawan memendam rasa..
 3. urut-urutan...

hmm, urut harimau, tahu tak? jangan hari hari mahu...sudah? isy, apalah cikgu sofi ni, tak sensor langsung! huhu! okey... saling mengurut-urutkan, lagilah baik. mukaddimah berkesan tu... :)

4. penampilan menarik
yang ni sangat-sangat penting! jangan serabai, selekeh. lelaki paling tak suka jika isterinya selekeh aje. selekeh yang macam mana? apakah itu bermaksud, anda tak boleh pakai kain batik langsung ketika di rumah? 

selekeh ni... terserah macam mana pandangan suami, tau. mungkin anda rasa diri anda tak kemas, tapi suami suka. mungkin anda anggap anda dah sangat lawa, tapi bagi suami, penampilan anda ketika itu menyakitkan sepasang matanya. so... mudah cakap... buat yang suami suka...dapat pahala lagi, kan? 

5. wangi-wangikan diri. 
hmm, ni ditujukan khas kepada isteri-isteri yang baru ada anak dua, atau tiga. memanggg, kalau nak diikutkan...tak sempat nak buat apa-apa pun sebab asyik dengan budak-budak tu... kejap yang ini merengek, sekejap yang sana melalak. sekejap yang ini nak susu, sekejap yang sana nak berak. kan, kan? 

kadang-kadang, bila suami balik dari kerja....mak... terkejut dia tengok diri anda yang sedang pegang pampers. bucuk...weeiii....

wake up girls! waktu anda paling kena wangi dan bersih ialah waktu suami  sampai di rumah setelah seharian penat di pejabat. tolonggglah! buat satu rutin supaya anak/anak-anak anda tak ganggu anda dan suami dalam tempuh dua puluh minit selepas dia sampai. 

senyum, bawa satu mug air kegemarannya dan picit-picitkan tengkuk si dia. syiok giler dia nanti... dan anda akan sentiasa dalam kenangannya. kalau tidak? entahlah.... 

okey, 5 tips untuk anda. 

selamat mencuba. 


sofi

2 ulasan:

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.