Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

cuba anda baca ke empat-empat soalan ini.  soalan 1 SAYA berumur 21 tahun. Ketika remaja, saya suka melayan lelaki melalui telefon bimbit u...

Teruja, terbuka dan terleka...

By Januari 23, 2011

cuba anda baca ke empat-empat soalan ini. 

soalan 1
SAYA berumur 21 tahun. Ketika remaja, saya suka melayan lelaki melalui telefon bimbit untuk melepaskan nafsu kami (fon seks). Namun apabila difikirkan semula, baru saya sedar alangkah bodohnya saya waktu itu, dan sekarang saya meninggalkan kerja terkutuk itu. Persoalannya, adakah kami berdosa? 

soalan 2
SAYA berusia 22 tahun dan kerap mengalami kekejangan pada zakar apabila melihat wanita, terutama yang seksi. Apa harus saya lakukan kerana apabila alat sulit menegang dan kejang, sukar untuk saya melakukan kerja lain. 
soalan 3
APA hukumnya jika saya pegang kemaluan teman wanita tanpa alas apa-apa? Adakah ia dosa besar? Sekarang kami jarang berjumpa kerana mahu mengelak melakukan perkara itu. 
soalan 4
SAYA pernah bekerja di luar negara dan mempunyai kekasih wanita bukan Islam dan pernah berzina beberapa kali sepanjang saya di sana. Saya masih lagi berhubung dengannya walaupun sudah pulang ke tanah air. Sebelum saya pulang, dia pernah mengadu kepada saya yang dia belum keluar haid. Apakah hukum dan patut saya lakukan jika benar dia mengandung? Apa akan terjadi pada anak di dalam kandungannya itu?
kesemua soalan itu aku ambil di sini  and so, thanx metro. 


anda hendakkan jawapan kepada soalan-soalan itu? hehe... pi baca sendiri. aku di sini hanya ingin 'highlight' kepada anda tentang satu perkara sahaja iaitu.....
semua soalan itu menjurus kepada ceteknya pengetahuan agama islam. jadi, marilah kita, anda dan aku juga, memberi didikan sempurna supaya anak-anak kita tidak kecundang dek nafsu yang bermaharajalela. 
sofi

You Might Also Like

2 comments

  1. Semasa kecil memang mudah membesar dan mendidik anak2. Namun di zaman remaja... inilah bahananyer. Andai kurang pengetahuan agama, tipis iman, hidup hanya utk nafsu nafsi keduniaan. Seronok... seronok... seronok... kalu tak boring idup. Bersembang dgn ibubapa pun remaja rasa boring. Tak rock. Tak cun. Menziarah dan berbual dgn atok nenek pun tak best, tak rock Lebihbaik sms or fb dgn kawan2. SMS lucah, tenet lucah. hmmm... Ibubapa busy dgn hal masing2. simpati. Siapakah yg bersalah. Itulah akibatnyer. Mula2 sekadar ingin tahu. Moga anak cucu dan jenerasiku tergolong dlm golongan org2 yg solleh & berpegang kukuh pd AlQuran. Amin.

    BalasPadam
  2. memang menakutkan apa yang kita baca dan dengar. dan seharusnya, kita berusaha mengelak kejahatan...kemungkaran....

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.