apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

16.1.11

TERTANYA-TANYA., KAU SUKA AKU KAT BAHAGIAN MANA, YA?.

katalah anda minat pada seorang lelaki ni. adakah anda pernah tertanya-tanya bagaimanakah anda dapat memikat dia? pernahkah tertanya-tanya ciri-ciri perempuan yang bagaimanakah yang si dia suka? atau, bahagian tubuh anda yang manakah yang bisa menarik perhatiannya? 
apakah si dia sukakan badan anda kurus seperti model atau pelakon di sebelah? ataukah si dia sukakan anda jika payudara anda kecil atau besar? adakah dia sukakan anda tinggi ataupun rendah? 

mari kita lihat dan perhalusi bahagian manakah di tubuh wanita yang menjadi igauan lelaki. hmm....

1. tubuh yang berisi
tahukah anda bahawa lelaki sebenarnya suka perempuan yang tubuhnya berisi? yang sedap dipeluk, gitu..bukan yang kurus dan bila disentuh sedikit..ouch...sakit terkena tulangnya. huhu...

2. payudara padat berisi
bahagian tubuh perempuan yang ini tetap menjadi perhatian utama lelaki. bahagian kesukaan mereka ni. hehe.... kalau boleh, mereka mahu anda punya tu seperti yang mereka lihat dalam majalah-majalah lelaki, tapi, kan...., 

janganlah sedih dulu jika anda punya yang kecil aje. hasil penelitian membuktikan, mereka menyukai payudara anda bukan kerana ukurannya besar atau kecil. yang penting padat atau tidaknya...ouch...

3. kaki panjang
di mata lelaki, wanita yang mempunyai kaki yang panjang ialah wanita yang dewasa. sebab itu mereka suka melihat wanita yang memakai kasut bertumit tinggi. selain nampak kaki anda lebih panjang, pergerakan anda dengan kasut tumit tinggi tu kelihatan lebih seksi. wow!

4. perut kempis
bila perut anda kempis, itu menunjukkan anda menjaga diri dengan baik. jadi, pada anggapan lelaki, anda yang pandai jaga perut sendiri, pasti pandai mengurus si dia. iya ke ni?

5. wajah ramah
perempuan pilihan lelaki tidak semestinya cantik namun wajah mesti ramah, maksudnya selalu tersenyum. tidak masam atau sengaja dimasamkan. selalunya, mereka yang berwajah 'cute', lucu dan keanak-anakan menjadi pilihan. hehe...

6. bibir penuh
macam bibir mudah ditemui seperti milik si julia roberts. penuh dan sensual. kalau dapat gadis bibirnya seperti bibir si angelina jolie... whoa, bonuslah tu, kot! bibir ni bahagian tubuh yang paling.... erotis. hmm...

7. rambut panjang
dalam satu kajian yang dilakukan ke atas 5000 jejaka, 75% di antara mereka mengaku lebih tertarik dengan perempuan berambut panjang dan 12% menyenangi perempuan berambut pendek. jadi, simpanlah rambut yang panjang, okey...

terima kasih kepada   cerita tentang cinta

sofi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.