apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

9.1.11

SYIOKNYERR... MESTI RIBU-RIBU DATANG BLOG AKU NIH...

assalamualaikum dan selamat sejahtera
owhh, itu bukan aku yang cakap. tu..cuma menggambarkan apa yang berada dalam fikiran si dia dalam gambar kecil di atas. anda kenal ke dia? hehe... aku pun x kenal. so, untuk kenal, jom baca....

KUALA TERENGGANU – Blogger yang terkenal dengan kontroversi kerana menghina institusi kesultanan Johor, AdukaTaruna menghadapi saat cemas dikepung dan dipukul oleh sekumpulan lelaki dipercayai penyokong sebuah parti politik di hadapan Masjid Rusila, Marang kelmarin.

Kejadian itu berlaku selepas blogger yang nama sebenarnya Khairul Nizam Abdul Ghani, 29, menegur Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada pukul 2.20 petang.

AdukaTaruna dalam entri blognya itu semalam menjelaskan, niatnya hanya mahu menemubual Hadi. Bagaimanpun sebaik menegur Abdul Hadi, dia mendakwa muncul seorang lelaki yang terus merentap bajunya kerana dikatakan tidak puas hati dengan tindakan mangsa menghalang pemimpin Pas itu yang mahu menghadiri satu majlis.
...................
jadi, itulah aduka teruna 'beta'? hmm..... tapi aku tak faham satu perkara di sini... 

sila baca dalam dialek indon....

emangnya, begitu ya cara untuk kamu menjaga bapak presiden parti? emangnya, mesti jadi samseng? huh???

kalau betullah.....

sofi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.