apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

28.1.11

Syakira yang hebat

aku baru terbaca kisah wanita ini. kecekalannya, ketabahannya, keikhlasannya, buat aku terharu dan menangis. entah mengapa, di pagi jumaat ini, rasa hiba, rasa sebak dan segala macam rasa sedih dan terharu menghantui aku. mungkin kerana...hari ini genap seminggu abah pergi meninggalkan aku dan adik-adik agaknya.....

syakira isteri seorang penagih dadah. waktu mengandung anak sulung, suaminya ditangkap. dia inginkan suami di sisi ketika melahirkan lalu dia balik bertemu ayah dan ibunya, meminjam wang. kepada mereka dia memberitahu, suaminya sakit dan sedang terlantar di hospital.

tentang suami yang menagih, tentang jerih perih hidup yang dilalui, hanya dia yang tahu. anak-anak tidak pernah dicemari dengan kisah bapa mereka. syakira mahu anak-anak dan keluarganya menghormati suami dengan bercerita yang baik-baik tentang lelaki itu meski suami asyik keluar masuk pusat pemulihan. 

hanya kini, setelah anak-anak besar dan memahami, baru mereka tahu siapa ayah mereka namun kasih sayang tak pernah luak kerana begitu diri sudah diasuh sebaiknya oleh si ibu. dan hasil didikan syakira, anak-anaknya berjaya di dalam pelajaran. 

ya, kekaguman sahaja rasanya tidak cukup untuk wanita ini. kalau ada penganugerahan, dialah ibu dan isteri mithali yang harus dicontohi semua wanita di dunia. 

baca di sini untuk kisah menarik syakira

sofi. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.