apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

24.1.11

Sudah jatuh ditimpa tangga

budak shikin yang bertudung hitam itulah yang jatuh,
nasib baik cuma muscle terkoyak..aduhaiii... 

sudah jatuh ditimpa tangga. itukah pepatah yang sesuai untukku? arghh, takdir tuhan, siapa tahu? sudah semestinya bukan aku. ketika hati masih dipalu sayu kelmarin, masih merintih sepi pemergian orang tuaku, tiba-tiba aku mendapat berita yang anakku terjatuh di tangga kmk, changlun. aduiii, macam nak pitam rasanya. sudahlah dia mengidap sle...


cemas? memang cemas! saat itu hanya dia fokus aku dan suami. nekad kami ke sana. bergerak meninggalkan hutan melintang jam 11 dan sampai di gurun untuk lelap seketika jam 3 pagi sehingga subuh.

melihat dia yang tidak mampu berjalan, memang menyedihkan. aku bersyukur, aku datang menjemputnya. dan kini, kami sudah selamat sampai di rumah. dia sudah berada di hadapan mata, diberi kelonggaran bercuti sehingga tahun baru cina. legaa.....

barulah dapat menjenguk ke blog semula. nak tengok trafik, hehe.... jangan marah, ya!

kepada semua teman-teman yang tidak henti-henti menyampaikan ucapan takziah kepadaku....terima kasih kuucapkan. sokongan anda, sangat-sangat aku hargai. sungguhh....

andalah terbaik.....

sofi

4 ulasan:

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.