apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

20.1.11

SOYA DAN SUSU KULTUR UNTUK KURANGKAN RISIKO KANSER?

       

orang perempuan cukup takut mendengar perkataan kanser. ini kerana, kanser, seperti semua orang tahu ialah penyakit pembunuh nombor satu bagi wanita, di dunia dan di malaysia. lagi pula, kanser hanya dapat dikesan ketika pesakit sampai di peringkat ke 3, biasanyalah...

terima kasih kepada para penyelidik yang tidak jemu-jemu berusaha mencari penawar untuk kanser. kini, dengan ledakan teknologi moden dan pengesanan awal, mampu mengurangkan risiko berlakunya kanser. 

malah baru-baru ini, satu kajian secara klinikal oleh dua orang pensyarah, Dr. Masakazu Toi di Jabatan Pembedahan, dan kawannya, Dr. Yasuo Ohashi, dari Jabatan Biostatik, Universiti Kyoto, Jepun, mendapati pengambilan soya dan juga pengambilan minuman yang mengandungi bakteria Strain Shirota iaitu minuman susu kultur, Yakult, secara tetap dan berterusan mampu mengurangkan risiko yang boleh membawa kepada kanser payu dara.

Malah, didapati, wanita yang mengambil makanan berasaskan soya dan yakult seawal remaja dilihat kurang berpotensi untuk di jangkiti dengan kanser payu dara.

ini kerana, kedua-duanya didakwa mengandungi bakteria Lactobacilus casei Shirota (LcS) yang dapat mengawal pertumbuhan bakteria perosak dalam usus kerana kesan perlindungan tersebut telah membantu penghadaman isoflavon soya yang berkaitan rapat dengan pengurangan risiko kanser payu dara.

very technical, kan? baca lagi....

''Strain Shirota juga mampu meningkatkan sistem imunisasi semulajadi tubuh khususnya aktiviti NK yang boleh menjejaskan kesan perlindungan."

jadi minumlah air kacang soya...buat sendirilah! lebih baik dan dapat banyak pula. minum yakult... hmm

n3 ini n3 autopublish 

sumber sini

sofi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.